BUDI95: Kalau tiada lesen memandu, kenapa perlukan minyak? – Michael Ang

LocalOpinion
30 Sep 2025 • 5:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah terkenal, Michael Ang tampil mempersoalkan rungutan segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana tidak layak menikmati harga petrol murah berikutan tiada lesen memandu.

Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Michael Ang Hai Swee berkata, beliau keliru apabila terdapat pihak seperti golongan ibu, warga emas dan penunggang motosikal membantah serta bising mengenai perkara tersebut.

image is not available
image is not available

image is not available

Kredit Foto: BERNAMA | Sekadar gambar hiasan

‘Kalau tiada lesen memandu, kenapa perlukan minyak?’

Katanya, jika seseorang tidak mempunyai lesen memandu, maka tidak timbul keperluan untuk menggunakan minyak kerana undang-undang di Malaysia menetapkan setiap individu perlu memiliki lesen sebelum dibenarkan memandu.

Chop! Saya keliru. Kenapa banyak golongan ibu, pakcik-pakcik dan mat rempit membantah serta bising kerana tidak dapat harga minyak murah disebabkan tiada lesen.
“Kalau tiada lesen memandu, kenapa perlukan minyak? Bukankah jika mahu memandu, perlu ada lesen di Malaysia ini? Atau saya yang salah. Tolong jawab, mengapa anda semua bising?” tulisnya.

image is not available

Isu berkaitan syarat memiliki lesen memandu kembali menjadi perdebatan susulan pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI95 yang diumumkan kerajaan.

image is not available

image is not available

Melalui skim itu, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Sumber: IG Michael Ang