Budiman UPSI Band juara Battle of the Band Festival Pengguna CONFEST 2026

Music
24 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Budiman UPSI Band juara Battle of the Band Festival Pengguna CONFEST 2026
Budiman UPSI Band bergambar kenangan setelah diumumkan Juara Battle of the Band antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sempena Festival Pengguna CONFEST 2026 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Photo credit: UPSI

TANJONG MALIM – Budiman UPSI Band, kumpulan muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), muncul juara Battle of the Band antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sempena Festival Pengguna CONFEST 2026 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih pada peringkat kebangsaan yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, selepas kumpulan berkenaan turut menjuarai peringkat negeri sekali gus mewakili KPDN Zon Tengah ke pertandingan akhir.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata kejayaan Budiman UPSI Band membuktikan keupayaan mahasiswa dalam mengembangkan bakat serta mengharumkan nama universiti melalui bidang seni dan muzik.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa mahasiswa UPSI bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang seni, kreativiti dan persembahan di peringkat kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Budiman UPSI Band dianggotai tujuh pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), terdiri daripada seorang pelajar Diploma Muzik dan enam pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik.

Pada peringkat akhir, kumpulan itu berentap bersama empat kumpulan lain yang mewakili lima zon iaitu Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Pantai Timur dan Borneo.

Menurut Prof Md Amin, kejayaan tersebut terhasil daripada latihan konsisten, komitmen tinggi dan kerjasama erat semua anggota kumpulan, selain sokongan warga FMSP.

“Setiap anggota memainkan peranan penting dalam membentuk persembahan yang mantap, disokong disiplin, kreativiti, keserasian dan semangat untuk terus memperbaiki kelemahan.

“Kemenangan ini bukan sekadar satu pencapaian, malah menjadi pembakar semangat untuk pasukan terus berusaha, berkembang dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu membuat persiapan selama dua minggu, dengan minggu pertama memberi tumpuan kepada pemilihan lagu dan gubahan muzik, manakala minggu kedua kepada persiapan persembahan.

Persiapan kumpulan turut mendapat bimbingan serta sokongan tenaga pengajar, pensyarah, pemuzik dan warga FMSP dalam aspek gubahan muzik, permainan instrumen, persembahan dan pengurusan pelajar.

Prof Md Amin berkata hadiah wang tunai RM5,000 yang dimenangi akan dimanfaatkan bagi pembangunan pasukan, termasuk meningkatkan kelengkapan muzik, keperluan latihan serta persediaan menyertai pertandingan dan persembahan akan datang.

“UPSI berharap kejayaan ini tidak menjadi titik akhir, sebaliknya menjadi motivasi kepada kumpulan untuk terus berlatih, menghasilkan karya dan susunan muzik yang kreatif serta mengembangkan potensi ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved