Buka Akaun Sosial Media Rasmi, Peminat Jangka Lucas Bekas Ahli NCT Bakal Kembali Tak Lama Lagi

Music
21 Feb 2024 • 11:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Netizen Korea membuat spekulasi bahawa Lucas bekas ahli NCT akan kembali ke industri hiburan.

Pada 20 Februari, beberapa orang peminat telah menjumpai satu akaun sosial media X (Twitter) yang mempunyai hubungan dengan SM Entertainment. Di mana, akaun tersebut telah didapati menggunakan nama Lucas.

Penemuan ini sekali gus telah mencetuskan spekulasi bahawa Lucas sedang bersiap sedia untuk menyambung semula aktiviti sebagai artis solo.

Rata-rata netizen serta peminat NCT yang setia menanti kepulangan Lucas telah meluahkan rasa gembira mereka diatas penemuan tersebut. Malah, ada juga yang sudah menjangkakan bahawa penyanyi tersebut akan menyambung semula aktivitinya.

image is not available

Antara komen peminat ialah,

Bukan ke dia dah keluar SM?

 

Saya dengar yang dia sudah ada akaun Bubble juga!

 

SM sangat menakjubkan.

 

SM tak pernah lupakan artis mereka!

 

Saya terkejut yang peminat boleh menjumpai akaun ini.

Sementara itu, SM Entertainment sehingga kini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berikutan dengan isu ini.

Tak sabarnya nak tunggu Lucas kembali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.