Selepas Jennie & Lisa, Jisoo BLACKPINK Umum Buka Syarikat Sendiri ‘BLISSOO’

Music
21 Feb 2024 • 7:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas Jennie dan Lisa, Ji-soo ahli BLACKPINK yang seterusnya membuka agensinya sendiri!

Terbaru pada 21 Februari, Ji-soo telah mengumumkan pembukaan syarikat sendiri yang diberi nama ‘BLISSOO’, akan memfokuskan kepada aktiviti solonya dalam bidang muzik, lakonan dan pelbagai lagi.

Menerusi akaun Instagram rasmi yang telah dibuka, misi syarikat BLISSOO adalah seperti berikut,

Melangkaui sempadan genre dan bidang, misi kami adalah untuk berkongsi kebahagiaan yang Ji-soo cipta dengan cara uniknya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLISSOO (@blissoo_official)

Sementara itu, Jennie dan Lisa juga telah membuka syarikat mereka sendiri iaitu ODD ATELIER dan LLOUD, yang juga akan menguruskan aktiviti solo mereka pada masa hadapan.

Semoga terus maju jaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.