Buka Kedai Makan & Khidmat Seks, Pemilik Restoran Ditahan Polis Lepas Balik Dari Mekah

Entertainment
24 Jul 2023 • 6:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru sahaja selesai menunaikan ibadah haji, seorang wanita berumur 45 tahun telah ditahan polis Kalimantan Utara. Kompas.com melaporkan bahawa wanita tersebut didapati menjadi ‘mak ayam’ di restorannya sendiri dimana ada menyediakan perkhidmatan seks di gerai makan miliknya.

Bahkan, suspek, wanita yang dikenali sebagai Irma didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan orang dengan cara menyediakan perkhidmatan pelacuran di gerai makannya yang terletak di Kampung Sesua di Malinau Barat.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Malinau, Wisnu Bramantio berkata, penahanan Irma dibuat pada minggu lalu ketika suspek sedang menghadiri satu majlis di sebuah masjid di Bandaraya Malinau.

“Gerai milik Irma bukan sahaja menyediakan makanan dan minuman, tetapi juga menyajikan ‘hidangan tambahan’ melibatkan kehadiran sebilangan pelacur.

“Penahanan dibuat apabila polis menerima maklumat Irma akan pulang ke Jawa selepas selesai menunaikan haji. Kini Irma berstatus suspek kerana didakwa mengeksploitasi wanita dan bertindak sebagai penyedia perkhidmatan pelacuran di premis perniagaannya,” katanya.

image is not available

Hasil siasatan polis mendapati bahawa, Irma didapati telah mengeksploitasi beberapa orang wanita dari luar dan sekitar Kalimantan Utara, dia juga turut menyediakan kawasan khas untuk aktiviti pelacuran berkenaan di gerainya.

“Di bahagian dalam warung terdapat terdapat bilik yang dipisahkan. Ada beberapa pelacur yang disediakan suspek dengan kadar 300,000 rupiah (RM91) untuk setiap perkhidmatan.”

“Hasil pemeriksaan kami ada, beberapa wanita yang datang dari luar daerah Jawa. Wanita-wanita itu mengaku pada awalnya mereka dijanjikan pekerjaan lain yang lebih baik,” jelasnya.

Menurut Wisnu, jika terbukti bersalah, Irma bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.