Polis tahan lelaki bersama 2,000 biji pil yaba di kedai makan

22 Jul 2023 • 10:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 30-an ditahan polis bersama 2,000 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM20,000 di sebuah kedai makan di Jalan Cherang, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu pada kira-kira pukul 11.40 malam.

Beliau berkata suspek ditahan ketika sedang berjalan keluar dari sebuah kedai makan di lokasi terbabit sambil memegang suatu objek di tangan kanannya sebelum meletakkan objek tersebut dan cuba bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.

“Pemeriksaan pada badan tidak menjumpai apa-apa benda salah. Pemeriksaan lanjut di tempat suspek meletakkan objek menemukan satu beg plastik hitam di dalamnya ada bungkusan berisi 10 paket plastik berisi pil yaba dengan setiapnya ada 200 biji pil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rosdi berkata kes di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau,“ katanya.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah Perodua Viva berserta serangkai anak kunci dan kes disiasat di bawah Seksen ADB (Perlucuthakkan Harta 1988).

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dengan rakan jenayah yang lain,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved