Bukan atas dasar cinta, Abby Abadi dakwa Norman Hakim kahwininya tanpa sengaja

EntertainmentLifestyle
22 Apr 2025 • 3:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Abby Abadi, tampil membuat pendedahan berkenaan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim yang didakwa menikahinya bukan atas dasar cinta.

Abby Abadi dakwa Norman Hakim kahwininya tanpa sengaja

Menerusi perkongsian di TikTok @candytabeaute_official, memperlihatkan Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, memberitahu bekas suaminya itu mungkin tidak sengaja menjadikannya sebagai isteri ketika itu kerana dikecewakan oleh wanita lain.

image is not available

“Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tidak sengaja. Ketika itu dia kecewa dengan orang lain tapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya,” kata Abby seolah-olah berseloroh menerusi siaran langsung di media sosial, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abby memberitahu mereka hanya bergelar suami isteri selama tujuh tahun sahaja dengan dikurniakan tiga cahaya mata.

“Tiba-tiba dia terkahwin dengan saya, barang jadi.

“Saya kahwin dengan dia enam hingga tujuh tahun sahaja tapi dapat tiga orang anak,” katanya.

image is not available

Pelakon filem Gerak Khas The Movie itu juga meluahkan rasa terkilan membiarkan anak perempuannya, Marissa Dania lari ke pangkuan Norman setiap kali dimarahi olehnya selain mendedahkan tidak akan lagi berbaik bersama bekas suaminya itu.

“Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik, tiada keperluan. Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu libatkan orang lain atau beri peluang kedua.

“Saya marah Marissa dia akan lari ke keluarga Norman. Lagi senang kalau dengan saya sebab kalau marah budak, dia tak pergi tempat lain,” ujarnya lagi.

image is not available

Sementara itu, Abby mendedahkan Norman sering memanjakan anak lebih-lebih lagi apabila bersama Marissa selain memaklumkan pada awal penceraian mereka aktor itu tidak mengendahkan perihal anak-anak.

Terdahulu, Abby memberitahu bahawa Norman culas dalam memberi nafkah terhadap tiga anak mereka sejak bercerai 17 tahun lalu dan meluahkan rasa geram melihat kehidupan bekas suaminya itu yang seolah-olah menunjukkan kekayaan.

Sumber: TikTok candytabeaute_official