“Bukan bapa saya”- Foto Terkini Wajah Mangsa MH370 Tular Di Twitter, Anak Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Entertainment
4 Sep 2022 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila ada individu yang berkongsikan teori konspirasi tentang pesawat MH370 yang hilang pada tahun 2014 beserta gambar-gambar yang didakwa wajah-wajah terkini mangsa-mangsa insiden tersebut.

image is not available

Manakala di TikTok juga ada video viral tentang gambar-gambar tersebut dan ada yang mengganggap mangsa-mangsa dalam pesawat itu diculik.

image is not available

Ini berikutan ada gambar beberapa individu yang dikatakan mempunyai paras rupa yang hampir sama dengan mangsa-mangsa tersebut ditemui di akaun Facebook AFN Diego Garcia.

image is not available

Namun, Maira Elizabeth Nari iaitu anak kepada salah seorang mangsa iaitu Andrew Nari (ketua pramugara kapal terbang MH370) itu kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Maira mengatakan ramai yang menghantar mesej (DM) ke akaun Intagramnya semalam selepas kecoh tentang gambar yang dikatakan mirip dengan ayahnya di Twitter namun dia kemudiannya menjelaskan di Insta Story bahawa itu bukanlah ayahnya.

Ramai netizen yang menasihati individu agar tidak berkongsi perkara yang tidak pasti tentang misteri kehilangan pesawat MH370 kerana ia boleh membuat ahli keluarga mangsa sedih dengan berita yang tidak pasti itu.

Ingat, kalau tak pasti, jangan kongsi.

Sumber: Sinar Harian

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.