Wajah Mirip Seperti Ayah, Anak Mangsa MH370 Nafi Dakwaan Teori Yang Tular

4 Sep 2022 • 6:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wajah Alejandro mirip wajah Andrew.

Wajah Mirip Seperti Ayah, Anak Mangsa MH370 Nafi Dakwaan Teori Yang Tular. Beberapa hari yang lalu, telah tular di media sosial tentang kemiripan wajah individu yang berada di Diego Garcia dengan wajah-wajah mangsa kapal terbang MH370. Salah satu yang paling banyak menarik perhatian netizen adalah wajah Alejandro at The Bike Shop.

Wajah lelaki yang sedang membaiki basikal ini telah dikatakan mirip dengan wajah salah seorang mangsa MH370 iaitu Andrew Nari. Andrew Nari merupakan salah seorang anak kapal yang menjadi mangsa dalam kejadian ini. Beliau yang merupakan Ketua Pramugara MH370 memiliki seorang anak gadis yang bernama Maira Elizabeth Nari.

image is not available
Wajah Mirip Seperti Ayah, Anak Mangsa MH370 Nafi Dakwaan Teori Yang Tular. Sumber gambar: VOCKET

Anak mangsa menyangkal dakwaan, itu bukan ayah.

Apabila gambar individu yang dikatakan mirip ini banyak tersebar pasti ianya sampai ke pengetahuan ahli keluarga termasuk Naira. Oleh itu, Naira telah memuat naik status di laman sosial Instagramnya dengan menyangkal dakwaan tersebut.

Menurut Naira, beliau yakin bahawa lelaki yang dikatakan mirip ayahnya itu sememangnya bukan ayah beliau. Itu hanya kebetulan sahaja. Selain itu, beliau juga tidak menyangka bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan ayahnya walaupun sudah 8 tahun kehilangannya.

image is not available
Sumber gambar: VOCKET

Malah bagi Naira, beliau terhibur dengan teori-teori dan komen daripada netizen dan berharap mereka tidak perlu merasa bersalah dengan beliau kerana tularnya hal sedemikian. Namun, beliau juga berharap netizen tidak lagi membuat sebarang spekulasi atau teori demi menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa MH370 yang lain.

Hampir 8 tahun tragedi MH370 ini berlaku, banyak spekulasi dan teori yang muncul di kalangan netizen di dalam artikel berikut: