Bukan Berlakon, Ozlynn Kongsi Sikap Sebenar Elisya Sandha - “Sayang Budak-Budak, Jujur & Suka Bersedekah”

19 Nov 2026 • 5:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Bukan Berlakon, Ozlynn Kongsi Sikap Sebenar Elisya Sandha - “Sayang Budak-Budak, Jujur & Suka Bersedekah”

Pelakon, Ozlynn berkongsi sisi peribadi rakan artisnya, Elisya Sandha yang disifatkan sebagai seorang individu penyayang, pemurah dan tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.Menerusi perkongsian di Threads, Ozlynn berkata sikap penyayang yang ditunjukkan Elisya terhadap kanak-kanak bukan sekadar lakonan, sebaliknya itulah keperibadian sebenar pelakon berkenaan.“Mummy @elisyasandhaofficial bukan berlakon tau. Dia memang sayang budak-budak dan dia sangat jujur dalam rasa sayang.“Semua orang akan selesa dengan dia. Dia jugak suka bersedekah,” kongsinya.Tambah Ozlynn, sikap pemurah Elisya bukan sahaja dapat dilihat menerusi tindakannya terhadap golongan yang memerlukan, malah turut dirasai oleh rakan sekerja dan individu yang berada di sekelilingnya.“Saya pernah ternampak rumah anak yatim bagitahu yang budak-budak itu nak makan KGF dan dia belikan.“Dekat set, dia memang suka belanja kru, belanja Cherdiq dan Bunga. I love you i mummy,” coretnya.Dalam perkembangan lain, Ozlynn dan Elisya bakal muncul dalam program Travel Anak Beranak musim kedua, bermula setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved