
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada malam Rabu (31 Disember) yang lalu, rata-rata orang ramai telah berkumpul di ibu negara bagi menyambut malam ambang tahun baharu, antaranya di sekitar Bukit Bintang, KLCC, Mutiara Damansara dan kelab malam.
Secara umumnya, mereka berkumpul demi meraikan detik ‘countdown’ ke tahun baharu 2026 dan menyaksikan pertunjukan bunga api, selain berlangsungnya acara ‘Visit Malaysia 2026 Countdown’ di Pavilion KL.
Namun di sebalik kegembiraan orang ramai menyambut ketibaan tahun baharu, terdapat juga golongan masyarakat yang melampaui batas dalam sambutan itu sehingga mabuk tidak sedarkan diri di sekitar ibu kota.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tegur Penunggang Motosikal Bawa Remaja 14 Tahun Keluar Malam Sambut New Year [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Teringat Kes Itaewon” – Ramai Bersesak Di Bukit Bintang Ketika Sambutan New Year Raih Perhatian [Video]
Laluan Sekitar Kelab Malam Di Jalan Tun Razak Penuh Orang Mabuk Bergelimpangan
Itulah yang dapat disaksikan menerusi satu video tular di Threads (@yusry_mandzukic) baru-baru ini.
Dia telah berkongsi satu video yang menyaksikan keadaan di sekitar kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada jam 3 hingga 5 pagi malam tahun baharu.
Dapat dilihat ramai pengunjung berada dalam keadaan mabuk sehingga ada yang terpaksa dipapah dan diangkat oleh rakan atau pasangan mereka.
Malah ramai juga yang tidak sedarkan diri sehingga duduk dan berbaring secara bergelimpangan di kaki lima.
“Maka bergelimpangan kaki-kaki botol todi malam tadi kat **** terlentang, terbaring lesu, anak-anak bangsa kita untuk diceritakan. Kat sini lah Mak jumpa Ayah kau,” selorohnya.
Dipercayai pengunjung bukan sahaja merangkumi masyarakat Malaysia pelbagai bangsa, tetapi juga mereka dari luar negara.
View on Threads
Warganet Kecewa Lihat Ramai Bergelimpangan Akibat Mabuk Pada Malam Tahun Baharu
Situasi yang tidak sedap dipandang itu telah menerima perhatian warganet, yang rata-ratanya berkongsi rasa kecewa melihat anak bangsa, tidak kira agama, berkelakuan sedemikian.
“Ya Allah, rosaknya! Tak kira agama apa, alkohol dan dadah antara punca utama kejatuhan sosial dan ekonomi!” kata seorang individu.
“Ini bukan budaya Malaysia. Tak kisah apa bangsa dan agama,” luah seorang wanita.
Di samping itu, ada yang berpendapat bahawa keadaan di kawasan itu pasti berbau busuk dengan bau badan, muntah dan kencing.
Segelintir individu juga merasakan jalan raya di kawasan kelab malam di Malaysia kelihatan lebih menakutkan berbanding lokasi serupa di Korea Selatan.
Ada juga yang menyifatkan keadaan mereka bergelimpangan ibarat ‘sampah masyarakat’.
“Betul-betul jadi sampah masyarakat ye. Duduk tidur melepek tepi jalan. Sekurangnya kalau sampah ada juga geng Alam Flora kutip,” katanya.
Seorang lagi pengguna Threads pula berkongsi situasi berbeza di London apabila penduduknya menyambut ambang tahun baharu dengan mengadakan himpunan solidariti Palestin.
Dalam masa sama, terdapat sebilangan kecil netizen yang merasakan perkara itu biasa sahaja di sekitar kelab malam dan situasi tersebut tidak sepatutnya dirakam.









Mabuk & Berkelakuan Tidak Sopan Di Tempat Awam Boleh Didenda RM25
Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berkongsi bahawa sesiapa yang mabuk dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam adalah merupakan satu kesalahan berdasarkan Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Akta 336).
Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25 atau dihukum penjara tidak lebih 14 hari.
Dalam masa sama, undang-undang sedemikian juga tertakluk kepada kerajaan negeri. Seperti di Selangor, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 82(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu kacauganggu awam jika terdapat aduan awam kepada pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, pihak polis juga boleh mengambil tindakan berdasarkan aduan awam sekiranya mereka membuat kacauganggu di kawasan awam.
Orang Islam di Selangor pula tertakluk kepada Seksyen 18(1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, yang memperuntukkan undang-undang terhadap orang islam yang didapati bersalah terlibat dengan arak.
Baca Artikel Berkaitan: “Allah Uji Kami” – Wanita Luah Kereta Suaminya ‘Total Lost’ Dirempuh Pemandu Mabuk [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mabuk Langgar Lampu Isyarat Sebelum Rempuh Murid Depan Sekolah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pemandu Honda CRV Dipercayai Mabuk, Seret Motosikal Hingga 500 Meter Bikin Ramai Berang [Video]



