Bukan Calang-Calang, Ini Pendakwa Raya Di Sebalik Tuntutan Keadilan Untuk Zara

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama peguam terkenal Ram Singh memang sering disebut dalam kes-kes besar, namun tumpuan kini turut terarah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mewakili pihak arwah Zara dalam menuntut keadilan.

Individu berkenaan ialah Puan Nor Azizah Mohamed, figura yang bukan asing lagi dalam dunia perundangan negara. Bagi yang mungkin tidak mengenali, beliau pernah mencatat rekod cemerlang apabila berjaya mengekalkan kemenangan di tiga peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan Siti Bainun dan adik Bella.

image is not available

Bukan itu sahaja, Puan Nor Azizah juga sedang mengendalikan kes berprofil tinggi membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew berkaitan dakwaan gangguan seksual.

Disebabkan ketegasan dan keberanian beliau, ramai netizen di media sosial menggelarnya sebagai seorang “iron lady” dalam dunia perundangan, seorang wanita yang cukup tegas, cekap dan lantang dalam memperjuangkan kebenaran.

image is not available 2025-08-19 13:25:04

Kes Buli Zara Qairina: 5 Remaja Perempuan Tetap Akan Didakwa Esok