TM tangani isu pepasangan di Kunak, Inanam dan Penampang

LocalTechnology
5 Nov 2026 • 4:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

TM tangani isu pepasangan di Kunak, Inanam dan Penampang

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) akan meningkatkan usaha menangani sebarang kerosakan membabitkan pepasangannya di sekitar Kunak manakala seorang penduduk Inanam berharap syarikat itu turut mengambil tindakan sama terhadap kemudahan kabelnya di sepanjang jalan di Penampang.

Ini susulan maklum balas berhubung kurangnya penyelenggaraan terhadap kabel talian atas di Kg Simpang Empat, Kunak serta kabel yang berjuntaian rendah di bahu jalan di sepanjang Jalan Minintod-Bantayan, Penampang.

SEORANG juruteknik TM memanjat tangga untuk memasang kabel baharu di persimpangan jalan yang terjejas di Kunak.Seorang pelanggan TM di kampung berkenaan mengadu mengalami gangguan perkhidmatan Unifi selama hampir seminggu baru-baru ini akibat kabel rosak.

Sementara itu, seorang pemandu di Inanam membangkitkan kebimbangan mengenai bahaya yang ditimbulkan oleh kabel yang tergantung rendah di beberapa bahagian bahu jalan menuju ke Country Heights Apartments.

Kedua-dua individu itu memberikan maklumat berkaitan aduan masing-masing kepada Hotline sebelum ia dikemukakan kepada syarikat terbabit.

Jurucakap TM berkata kakitangan syarikat itu telah datang ke Kg Simpang Empat sejurus selepas dihubungi pihak media.

Menurutnya, gangguan perkhidmatan Unifi di kampung berkenaan berpunca daripada masalah teknikal.

“Kabel gentian optik sambungan yang dipasang berhampiran persimpangan Jalan Kunak Spur, Jalan Kg Kadazan dan Jalan Lahad Datu-Tawau didapati terputus dua,” katanya.

“Perkara itu mungkin berlaku kerana kabel berkenaan tersangkut pada bahagian atas sebuah lori yang melalui kawasan itu atau objek asing lain yang berhampiran.”Katanya, pasukan seramai 10 anggota daripada Unit Rangkaian (NU) syarikat itu telah memasang kabel baharu di sepanjang satu bahagian persimpangan berkenaan.

Jurucakap itu berkata semakan rekod syarikat mendapati 10 pelanggan lain dari kampung sama, selain pengadu turut terjejas akibat gangguan berkenaan.

“Kakitangan kami kemudian memeriksa kabinet dan titik pengagihan yang membekalkan perkhidmatan kepada pelanggan terbabit.

“Mereka mengetatkan mana-mana sambungan yang longgar di dalamnya dan membuat pemeriksaan semula bagi memastikan perkhidmatan Unifi pelanggan berkenaan berfungsi seperti sepatutnya.”Katanya, kakitangan NU turut memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan sambungan yang terjejas kekal stabil.

Jurucakap itu berkata tiada jadual penyelenggaraan tetap bagi pepasangan TM di seluruh negeri termasuk Kunak.

“Aset kami akan diselenggara apabila wujud keperluan.”TM sedang menjalankan pemeriksaan bagi memastikan sama ada kabel talian atas yang tergantung rendah ini sebahagian daripada sistem Unifi miliknya di sepanjang Jalan Minintod-Bantayan.Sehubungan itu, katanya, kakitangan syarikat telah diminta supaya lebih peka terhadap keadaan aset mereka di sekitar pekan berkenaan.

Mereka turut digesa mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang ketidakteraturan membabitkan pemasangan tersebut.

Berhubung Jalan Minintod-Bantayan, katanya, TM sedang menjalankan pemeriksaan bagi mengesahkan sama ada kabel yang tergantung rendah itu milik syarikat berkenaan.

“Sekiranya disahkan milik kami, pihak syarikat akan mengatur kerja-kerja menaikkan kabel berkenaan ke paras yang selamat,” katanya.

“Pemeriksaan turut dilakukan terhadap tiang telefon di kawasan itu. Mana-mana tiang yang telah beralih daripada kedudukan asal akan dikembalikan ke tempat sepatutnya.”Katanya, jika perlu syarikat mungkin memasang kabel penahan sebagai langkah tambahan bagi memastikan tiang berkenaan kekal tegak.

Sabah Electricity (SE) pada awalnya dihubungi berhubung perkara itu selepas pemandu terbabit menyangka kabel berkenaan mungkin menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan berkenaan.

Dia bimbang individu yang tanpa sengaja tersentuh kabel talian atas itu mungkin terkena renjatan elektrik.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat itu menafikan kabel berkenaan milik SE.

“Kabel itu tiada kaitan dengan sistem SE di bahagian Penampang ini,” katanya.

“Kabel berkenaan kelihatan seperti digunakan untuk tujuan telekomunikasi.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved