Rumah Tangga Hancur Sebab Zina, Virgoun Ditahan Polis Kerana Dadah Pula

Entertainment
21 Jun 2024 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi sensasi Indonesia, Virgoun menarik perhatian ramai susulan perceraiannya yang penuh kontroversi dengan isteri, Inara Rusli.

Hidup pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu dilihat semakin porak-peranda apabila dia ditahan polis kerana terlibat dengan dadah.

image is not available

Merujuk kepada laporan portal berita, Kompas, penahanan penyanyi itu disahkan sendiri oleh wakil Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi.

Pun begitu, Syahduddi enggan memperincikan tentang maklumat penangkapan Virgoun dan barang bukti disita pihak polis dan siasatan masih dijalankan.

“Benar, Virgoun ditangkap kerana terkait dalam kes dadah. Kes masih lagi disiasat dan kami tidak boleh memaklumkan tentang kronologi kes tersebut,” katanya.

Difahamkan, Virgoun ditahan pihak polis di sebuah kediaman yang terletak di Ampera, Jakarta Selatan bersama seorang wanita yang dikenali sebagai PA.

Sebelum ini, nama pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu meledak selepas didakwa curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.

Malah, dia juga pernah menandatangani sebuah surat untuk tidak berlaku curang lagi dengan bekas isterinya itu namun gagal menepati perjanjian tersebut.

Sumber: Kompas

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.