Bukan Filem, Jetpack Betul! Lelaki Terbang Di Open Day Universiti China

WorldTechnology
18 Sep 2026 • 1:44 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Bukan Filem, Jetpack Betul! Lelaki Terbang Di Open Day Universiti China

KUALA LUMPUR: Teknologi seakan-akan dalam filem Iron Man menjadi perhatian selepas seorang lelaki dilihat terbang menggunakan jetpack berkuasa turbojet dalam satu demonstrasi di Open Day Zhejiang University, China.

Rakaman demonstrasi itu memaparkan lelaki berkenaan lengkap memakai jetpack sebelum berlepas dari permukaan tanah, melakukan beberapa pergerakan di udara dan kembali mendarat di hadapan pengunjung.

Demonstrasi Jetpack Di Hadapan Pengunjung

Kejadian itu berlaku pada 2 November 2025 sempena acara Open Day Zhejiang University di Hangzhou, wilayah Zhejiang.

Laporan media China menyatakan individu yang melakukan demonstrasi tersebut ialah Jiao Bojing, jurutera sistem mekanikal dan juruterbang ujian daripada pasukan JetRob Zhejiang University.

Dalam demonstrasi berkenaan, beliau dilaporkan terbang kira-kira 2 meter dari permukaan tanah, sebelum melakukan pergerakan termasuk berlegar, berpusing dan bergerak ke hadapan.

Menggunakan Lima Enjin Turbojet

Jetpack tersebut dibangunkan oleh pasukan JetRob Zhejiang University dan menggunakan lima enjin turbojet sebagai sistem pendorongan.

Peranti itu mempunyai berat sekitar 31 kilogram tanpa bahan api, manakala beratnya meningkat kepada kira-kira 46 kilogram apabila bahan api diisi penuh.

Menurut laporan CCTV, sistem berkenaan mampu melakukan penerbangan sekitar 3 hingga 5 minit, dengan kelajuan maksimum teori sekitar 100 kilometer sejam.

Teknologi Penerbangan Peribadi

Walaupun masih jauh daripada teknologi seperti yang digambarkan dalam filem Iron Man, demonstrasi itu menunjukkan teknologi penerbangan peribadi menggunakan kuasa jet sudah boleh digunakan untuk penerbangan sebenar dalam keadaan terkawal.

Video demonstrasi tersebut kembali mendapat perhatian selepas dikongsikan semula di media sosial, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan teknologi fiksyen yang sebelum ini hanya dilihat dalam filem.

Nampaknya manusia memang sudah boleh terbang menggunakan jetpack, cuma belum boleh terbang sesuka hati seperti Iron Man. – The Malaysian Update

The post Bukan Filem, Jetpack Betul! Lelaki Terbang Di Open Day Universiti China appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved