Lelaki Indonesia gagal seludup 45 tanduk haiwan liar

LocalEnvironment
22 Aug 2026 • 11:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki Indonesia gagal seludup 45 tanduk haiwan liar

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki warga Indonesia membawa masuk 45 unit disyaki tanduk haiwan dari China gagal selepas barangan berkenaan dikesan dalam pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Khamis lalu.

Suspek berusia 57 tahun itu tiba dari Guangzhou, China dengan menaiki penerbangan China Southern sebelum bagasinya diperiksa anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Komander AKPS LTAPP, Zuhair Jamaludin berkata, pemeriksaan dilakukan pada hari berkenaan sebelum pihaknya menemukan barangan disyaki hidupan liar yang dibawa tanpa kebenaran atau dokumen sah.

“Sebanyak 45 unit disyaki tanduk haiwan telah disita dengan anggaran nilai RM5,000.

“Barangan tersebut dipercayai dibawa masuk tanpa kebenaran atau dokumen sah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kesemua barangan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bagi tujuan siasatan lanjut.

Katanya, kejayaan itu membuktikan kepentingan pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa dalam mengesan cubaan membawa masuk barangan hidupan liar secara tidak sah.

“AKPS akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya kegiatan pemerdagangan hidupan liar di pintu masuk antarabangsa negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki Indonesia gagal seludup 45 tanduk haiwan liar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved