
Menerusi hantaran di Threads, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana yang menerima rawatan di hospital Turki turut mengalami kecederaan lain.
Sebelum ini, media melaporkan aktres berkenaan dibawa ke hospital untuk dirawat selepas ditumbuk di muka dan ditarik rambutnya oleh rejim Israel ketika dalam tahanan di penjara.
Terbaru, aktor berusia 32 tahun tersebut memaklumkan bahawa Ardell turut mengalami kecederaan di bahagian bahunya.
Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell ! Bahu dia koyak! Allahuakbar! Apa ni.

View on Threads
Hantaran itu dipenuhi dengan pelbagai respon dan komen orang ramai yang turut melepaskan kemarahan mereka terhadap rejim Israel meskipun tahu bahawa mereka dikenali dengan kekejaman dan tiada belas kasihan.
Dalam pada itu, sesetengah individu meluahkan rasa simpati dan bersedih terhadap apa yang menimpa Ardell serta sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang lain.
Rata-ratanya mendoakan agar Ardell diberikan kekuatan dan kesembuhan selain ramai turut memberikan kata-kata semangat dari jauh buat aktres itu.
Misi GSF: Kejam! Wajah Ardell Ditumbuk, Rambut Ditarik & Tangan Haikal Dipijak Tentera ‘Isewel’
The post Bukan Hanya Muka Ditumbuk & Ditarik Rambut, Ardell Aryana Juga Cedera Di Bahagian Bahu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


