Bukan lagi rahsia! Hael Husaini akui hati sudah dimiliki, tak tolak kahwin dalam masa terdekat

EntertainmentLifestyle
30 Apr 2025 • 11:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini akui hati sudah dimiliki dan tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam waktu terdekat.

Meskipun begitu, Hael tetap menjaga privasinya dan enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan seorang selebriti popular.

image is not available

“Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat, saya terima sahaja.
“Pasal jodoh, kita serahkan pada yang lebih berkuasa. Bila sampai masanya, saya akan terima dengan hati terbuka dan akan beritahu anda semua.
“Buat masa sekarang, memang saya tak ‘available’,”katanya.

image is not available

Hael Husaini akui hati sudah dimiliki

Pemilik nama Hal Husani Razmi, 38, juga tidak menolak kemungkinan untuk menjalin hubungan dengan seseorang dari kalangan rakan industri, sekiranya itu jodohnya.

“Kalau ada jodoh, insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun, dan sesiapa yang datang, saya terima sahaja.
“Apa pun, doakan yang terbaik sekiranya saya akan melayari bahtera rumah tangga, saya serahkan fasal jodoh kepada Allah,” tambahnya.

image is not available

Sebelum ini, Hael pernah digosipkan menjalin hubungan dengan gandingan duetnya, namun kini spekulasi mengenai perkahwinannya semakin hangat diperkatakan dalam industri seni.

Sumber: TikTok mediahiburanofficial