“Bukan Niat Saya Untuk Malukan Beliau”: Kes Adam’s Autism Family & Kakak Baju Merah, Iman Wan Tampil Mohon Maaf

23 Nov 2026 • 12:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Bukan Niat Saya Untuk Malukan Beliau”: Kes Adam’s Autism Family & Kakak Baju Merah, Iman Wan Tampil Mohon Maaf

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu melibatkan bekas komposer, penerbit dan pejuang hak austime, Iman Wan Tuck yang mendakwa tidak mendapat layanan mesra ketika membawa anak autismenya, Adam Wan makan di sebuah restoran baru-baru ini nyata mencetuskan perdebatan ramai.

Ia susulan seorang wanita ‘berbaju merah’ yang merupakan pihak penganjur majlis di restoran terbabit didakwa tidak membenarkan keluarga berkenaan makan meskipun untuk tempoh sekejap dan duduk di meja bawah tangga.

Walau bagaimanapun, isu tersebut semakin hangat selepas wanita berbaju merah tersebut, Farah Fatini tampil memberi penjelasan dari pihaknya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Respon Iman Wan Selepas ‘Wanita Baju Merah’ Nafi Pihaknya Tidak Benarkan Adam’s Autism Family Makan Di Restoran [Video]

Iman Wan Kesal Dengan Tindakan Muat Naik Video, Jelas Tiada Niat Malukan Wanita

Terbaharu, Iman Wan dalam satu hantaran di Instagram @adamsautismfamily tampil membuat permohonan maaf susulan kejadian berkenaan.

Jelasnya, dia berasa kesal dengan tindakannya yang memuat naik video insiden itu sehingga memberi kesan kepada wanita terbabit.

“Saya benar-benar kesal kerana tindakan saya memuat naik video tersebut telah menyebabkan wanita berkenaan menerima ejekan terhadap fizikalnya, serangan peribadi dan gangguan di media sosial.

“Bukan niat saya untuk memalukan beliau di khayalak ramai. Saya tidak terlibat dalam menggalakkan atau membalas sebarang komen yang menghina beliau.

“Apabila saya menyedari perkara tersebut, saya segera menutup ruangan komen dan membuat video susulan meminta orang ramai berhenti menyerang beliau,” tulisnya.

Iman Wan Ambil Tanggungjawab Apa Yang Berlaku, Jelas Tidak Sepatutnya Masukkan Rakaman Wanita Dalam Video

Namun jelasnya, dia bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku selepas tindakannya yang memuat naik video berkenaan.

Tambah Iman Wan, dia seharusnya tidak memuat naik video yang mengandungi rakaman wanita terbabit.

“Apabila difikirkan kembali, walaupun saya telah mengaburkan wajah beliau, saya sepatutnya tidak memasukkan sebarang rakaman beliau dalam video tersebut.

“Saya boleh berkongsi pengalaman kami dan meluahkan perasaan saya tanpa melibatkan beliau dalam video itu.

“Saya amat menyesali keputusan tersebut. Atas segala kesakitan hati dan rasa malu yang dialami oleh beliau, saya benar-benar kesal dan dengan ikhlas memohon maaf,” katanya.

Permohonan maaf itu dibuat oleh Iman Wan atas tindakannya yang berkongsi rakaman serta kesan yang timbul akibat perbuatan berkenaan.

Iman Wan Nafi Reka Atau Sengaja Putar Belit Cerita, Turut Buat Laporan Polis

Tegas Iman Wan dalam hantaran sama, dia tidak mereka-reka atau sengaja memutar belitkan cerita atas apa yang berlaku pada malam tersebut.

“Saya akui terdapat versi cerita yang berbeza mengenai kejadian itu dan saya menghormati pandangan masing-masing.

“Saya juga telah membuat laporan polis untuk merekodkan secara rasmi versi saya mengenai kejadian tersebut serta kebimbangan terhadap apa yang berlaku selepas itu,” tulisnya.

Iman Wan Turut Usaha Cari Jalan Penyelesaian, Mahu Adakan Pertemuan Bersama ‘Wanita Baju Merah’

Jelas Iman Wan lagi, dia juga telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian menerusi pemilik restoran untuk mengadakan perbincangan bersama wanita terbabit namun tiada balasan.

Namun, dia bersedia untuk berjumpa dan mencari jalan penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Permohonan Maaf Turut Dibuat Kepada Keluarga

Menerusi hantaran sama, Iman Wan turut memohon maaf kepada isteri serta anak perempuannya yang terpaksa berhadapan dengan detik sukar akibat kejadian terbabit.

“Sebagai seorang suami, bapa dan ketua keluarga, tanggungjawab saya adalah untuk melindungi mereka.

“Namun, disebabkan tindakan saya, mereka terpaksa berdepan dengan kritikan, komen yang menyakitkan hati dan tekanan yang tidak sepatutnya mereka lalui.

“Dalam hal ini, saya rasa saya telah gagal melindungi mereka,” jelasnya.

Tak Pernah Anggap Diri Sebagai Pakar Autisme, Syukur Perkongsian Bantu Tingkatkan Kesedaran

Jelas Iman Wan, dia sentiasa melihat dirinya sebagai seorang bapa dan penjaga sepenuh masa yang membesarkan anak autisme tahap tiga dan tidak pernah menganggap dirinya sebagai pakar autisme.

“Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai pakar autisme dan tidak pernah berniat untuk mengajar ibu bapa lain bagaimana mereka harus membesarkan anak-anak mereka.

“Sekiranya perkongsian kami telah membantu meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat, saya amat bersyukur.

“Saya juga sedar bahawa sesetengah perkongsian saya mungkin telah menimbulkan kebimbangan, kekeliruan atau salah faham.

“Saya bersedia untuk bermunasabah, belajar dan mengambil langkah untuk memperbaiki diri.

“Saya sedar bahawa mempunyai ramai pengikut dan pengaruh di media sosial datang dengan tanggungjawab yang besar.

“Tanggungjawab ini tidak boleh saya ambil ringan. Apa pun yang saya pilih untuk kongsikan di media sosial, tanggungjawab saya terhadap Adam dan keluarga tetap tidak berubah.

“Saya berharap agar kita semua dapat melangkah ke hadapan dengan lebih memahami, merendah diri dan saling menghormati antara satu sama lain,” tulisnya.

Selain menjelaskan perkara tersebut versinya, Farah Fatini mengesahkan dia sudah membuat laporan polis malah akan meneruskan tindakan menghantar LOD kepada keluarga Iman termasuk selebriti atau netizen yang sebelum ini menurutnya telah menuduh secara melulu tanpa menyiasat perkara sebenar.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Family (@adamsautismfamily)

Baca Artikel Berkaitan:

“Dilabel Sebagai Ayah Yang Exploitasi Anak Demi Kepentingan Diri, Itu Menyakitkan” – Bapa Adam’s Autism Family [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved