“Bukan Pasal S*ks Je” – Guru Di Kelantan Dipuji Didik Pelajar Sekolah Tentang Ilmu ‘Sentuhan Selamat’

LocalFamily & Parenting
23 Jul 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum mengetahui bahawa isu seksual merupakan sesuatu yang sukar dibicarakan secara terbuka kerana ramai masih mengaitkannya dengan rasa malu dan aib.

Pun begitu, inisiatif yang dijalankan di Kelantan meraih pujian ramai kerana menggunakan cara unik bagi mendidik isu itu buat pelajarnya.

Melalui nyanyian dan komposisi lagu direkanya sendiri, para guru telah mengajar tentang ‘safe touch’ atau pun sentuhan selamat di mana semua perlu tahu tentang had diri dan hak untuk berkata tidak.

Dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan, Tengku Nur Fazila Tengku Hassan dari Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK) berkata usaha ini dijalankan untuk menyebarkan pendidikan seksualiti komprehensif di peringkat sekolah di daerah Bachok selama setahun.

Jelas salah seorang guru yang menyertai program ini, mereka mengakui para pelajar pada awalnya segan untuk mempelajari hal ini namun akhirnya faham tentang kepentingan ilmu berkenaan. Ini kerana mereka mula mempunyai kesedaran tentang gangguan seksual dan batas dalam pergaulan.

image is not available

Rata-rata netizen dilihat menyokong usaha ini selain memuji kesungguhan para guru bagi sentiasa memastikan anak muda di negara ini sentiasa selamat dan dijaga oleh dewasa. Kata mereka, “Guru sememangnya tulang belakang di negara ini.”

image is not available 2025-07-17 15:10:50

Polis Serbu Perjumpaan Hubungan Sejenis Di Kelantan, Lebih 100 Lelaki Terlibat - "Ada Yang Hidap HIV.."