Ustazah Asma’ menggigil lihat anak muda Islam ikut trend ’S-Line’, tak malu dedah aib diri

22 Jul 2025 • 4:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menggigil apabila mengetahu ramai anak muda beragama Islam mengikuti trend ‘S-Line’ sehingga tanpa segan silu menjatuhkan maruah diri sendiri di media sosial.

Ustazah Asma akui diri sedih lihat situasi sekarang

Menerusi hantaran yang dibuatnya di media sosial, Ustazah Asma’ mengakui bahawa dirinya sedih apabila ramai yang menyebarkan dan meniru tanpa rasa bersalah.

“Dasyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan mengikut trend,” tulisnya.

image is not available

Ustazah Asma terkejut ramai anak muda Muslim ikuti trend tersebut

Difahamkan, trend ‘S-Line’ ini diinspirasikan daripada drama Korea Selatan yang mana garis merah yang muncul di atas kepala seseorang itu kononnya menunjukkan dengan siapa dia pernah melakukan hubungan intim.

Apa yang membuatkan pendakwah berkenaan terkejut adalah tindakan ramai anak muda Muslim meniru dan tanpa malu menyuntingnya dengan gambar sendiri dan filter seolah-olah mendedahkan hubungan peribadi mereka.

image is not available

Cara halus syaitan memperelok maksiat

Beliau turut menyertakan firman Allah S.W.T tentang permainan halus syaitan yang membuatkan pandangan manusia terhadap sesuatu bersifat maksiat seperti biasa sahaja.

image is not available

Fitnah akhir zaman

Susulan daripada itu, pendakwah berkenaan berharap agar anak-anak muda Muslim agar tidak begitu senang menggadai maruah diri hanya disebabkan terikut-ikut dengan trend masa kini.

“Beliau juga menggesa agar trend seperti itu segera dihentikan kerana sama sekali tidak terlihat sebagai satu bahan hiburan.

“Trend ini adalah antara fitnah akhir zaman. Ia menghapuskan rasa malu, menjauhkan hati daripada takut kepada Allah,” tulisnya.

image is not available

Semoga teguran yang dibuat oleh pendakwah berkenaan difahami masyarakat dan berfikir dahulu sebelum mengikuti sebarang trend yang sedang menjadi kegilaan di media sosial.

Sumber: Facebook ustazah asma’ harun