Rahim Titip Pesanan Dekat Shuib Menerusi Komen Di Hantaran Permohonan Maaf Kepada Jep

15 Oct 2026 • 3:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

  • Rahim menasihati Shuib supaya tidak membiarkan ego merosakkan persahabatan lama dengan Jep Sepahtu.
  • Dia menegaskan bahawa meminta maaf bukan tanda kelemahan atau menjatuhkan maruah diri.
  • Rahim berkata, manusia yang mulia ialah mereka yang berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan berusaha tidak mengulanginya.
  • Dia berharap permohonan maaf yang ikhlas dapat membuka ruang untuk memperbaiki hubungan yang hampir terputus.

Kemelut persahabatan antara Shuib dan Jep Sepahtu terus menjadi perhatian ramai apabila pelawak Rahim turut tampil memberikan pandangannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Menerusi ruangan komen di Instagram Shuib, Rahim menitipkan pesanan agar rakannya itu tidak membiarkan ego memusnahkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Rahim nasihat Shuib?

Image from: Rahim Titip Pesanan Dekat Shuib Menerusi Komen Di Hantaran Permohonan Maaf Kepada Jep

Menurut Rahim, meminta maaf bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya menunjukkan keberanian untuk mengakui kesilapan dan menghargai hubungan yang pernah dibina.

Jika kita sedar kita akan kehilangan seseorang kerana kesilapan kita sendiri, jangan biarkan ego menjadi perkara terakhir yang memisahkan kita.

Kerana ada ‘maaf’ yang mungkin tidak mampu mengembalikan masa, tetapi mampu membuat hati seseorang tahu bahawa kita benar-benar menyesal.

Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina.

Manusia yang berani akui kesilapan adalah mulia

Shuib Jep

Tambah Rahim, permohonan maaf juga menjadi tanda bahawa seseorang masih mempunyai kesedaran dan keikhlasan untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

BACA: Shuib Akhirnya Bersuara, Berkali-Kali Mohon Maaf Kepada Jep Sepahtu

Jelasnya, manusia yang berani mengakui kesalahan, meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya merupakan insan yang mulia.

Kadang-kadang, sebuah ‘maaf’ adalah tanda bahawa hati kita masih punya rasa, jiwa kita masih punya kesedaran, dan kita masih menghargai seseorang yang pernah kita sakiti.

Kerana manusia yang paling mulia bukan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Tetapi manusia yang apabila tersedar telah tersilap, dia berani mengaku, berani meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

The post Rahim Titip Pesanan Dekat Shuib Menerusi Komen Di Hantaran Permohonan Maaf Kepada Jep appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved