Bukan perbuatan sendiri! Kecederaan luaran Noorizwan akibat trauma tumpul – Polis

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 11:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kes kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis kini disiasat sebagai kes sengaja mendatangkan kecederaan parah bagi memeras pengakuan bersalah selepas pemeriksaan forensik mendapati kecederaan pada tubuhnya bukan berpunca daripada perbuatan sendiri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, hasil pemeriksaan pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mendapati kecederaan dialami mangsa konsisten dengan trauma tumpul.

Menurutnya, pakar yang menjalankan bedah siasat turut mengesahkan terdapat kesan kecederaan luaran pada beberapa bahagian tubuh Noorizwan.

Bagaimanapun, jelas Kumar, punca sebenar kematian lelaki itu masih belum dapat dimuktamadkan berikutan laporan lengkap bedah siasat belum diperoleh, sementara analisis makmal masih dijalankan.

Image from: Bukan perbuatan sendiri! Kecederaan luaran Noorizwan akibat trauma tumpul – Polis

Katanya, polis kini menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam pengendalian serta pengurusan Noorizwan sepanjang berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Siasatan dikendalikan Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kumar turut menegaskan siasatan akan dilaksanakan secara menyeluruh dan profesional tanpa melindungi mana-mana pihak demi memastikan keadilan ditegakkan berlandaskan undang-undang.

Terdahulu, Noorizwan ditahan IPD Cheras bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan dadah, pecah rumah atau pencerobohan dengan niat melakukan kesalahan serta mencuri.

E-Mel Pembaca: Kes Noorizwan, Peguam harus mencari kebenaran, bukan membina persepsi | Suara.TV

Lelaki itu kemudian dibawa ke HCTM untuk mendapatkan rawatan pada 30 September sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.

Polis sebelum ini memaklumkan masih menunggu laporan Jabatan Kimia dan keputusan patologi bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved