Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kita sering dimomokkan jika nak ikan tinggi omega-3 makanlah, ikan salmon. Umum mengetahui ikan salmon merupakan ikan yang diimport dari luar negara dan harganya di pasaran pula tidak murah.
Kebiasaannya harga untuk 200 gram bagi salmon segar mungkin mencecah kepada RM14-RM20 bagi ikan jenis standard. Namun sebenarnya terdapat ikan tempatan yang turut mempunyai khasiat omega yang sama dan harganya pula jauh lebih murah.
Ada 5 jenis ikan tempatan juga ada tinggi omega-3
Baru-baru ini seorang dietetik, Crystal telah berkongsi lima jenis ikan tempatan yang tinggi dengan omega-3.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Crystal yang ketika itu berada di pasar raya mengatakan ikan salmon di premis tersebut berharga RM7/100g.
Oleh itu, lima ikan tempatan yang mengandungi omega-3 adalah:
#1 Ikan siakap
![Image from: Bukan Salmon Je, Dietitian Kongsi 5 Jenis Ikan Tempatan Yang Tinggi Omega-3 [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/siakap.jpg)
Jelas Crystal ikan siakap mengandungi omega-3 yang tinggi dan harganya juga jauh lebih murah berbanding salmon.
Sebagai contoh di pasar raya yang dikunjungi itu, harga untuk seekor ikan siakap berharga RM10.80 dipercayai untuk ikan bersaiz sederhana.
#2 Ikan kembung
![Image from: Bukan Salmon Je, Dietitian Kongsi 5 Jenis Ikan Tempatan Yang Tinggi Omega-3 [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-23-at-11.45.12-PM-578x1024.jpeg)
Ikan kembung merupakan salah satu ikan yang sangat mudah untuk didapatkan di pasaran.
Malah pergi sahaja ke pasar, anda dapat memilih ikan kembung yang segar atau mungkin yang baharu sahaja naik dari laut.
Bagi ikan kembung harganya pula adalah RM18.80 untuk satu kilogram. Anggaran untuk sekilo bagi ikan kembung dipercayai sekitar lapan hingga 12 ekor bagi saiz sederhana.
#3 Ikan keli
![Image from: Bukan Salmon Je, Dietitian Kongsi 5 Jenis Ikan Tempatan Yang Tinggi Omega-3 [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pexels-mahmudul-hasan-2149253486-32243187-1024x683.jpg)
Adakah anda merupakan peminat ikan keli? Nak lagi jika ia dimasak sambal belada atau masak lemak.
Haaa mesti anda tidak tahu yang ikan keli turut tersenarai sebagai ikan yang mempunyai tinggi omega-3.
“Ikan keli adalah RM12.90/kg,” ujarnya. Berat ikan keli untuk sekilo pula adalah sekitar dua hingga lima ekor.
Harga yang lebih murah dan jumlah ikan juga lebih banyak berbanding ikan salmon.
#4 Ikan patin
![Image from: Bukan Salmon Je, Dietitian Kongsi 5 Jenis Ikan Tempatan Yang Tinggi Omega-3 [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pexels-mohammad-ibrahim-73722968-12720723-768x1024.jpg)
Adakah anda peminat ikan patin masak tempoyak? Ini adalah signal untuk anda membelinya jika mahukan ikan yang tinggi omega-3.
Wahhh siapa sangka, rupanya makanan kegemaran anda selama ini adalah antara ikan tempatan yang mempunyai omega-3 setanding ikan import seperti salmon.
Ikan patin dipasaran dipercayai berharga sekitar RM9.90/kg. Namun harga ini mungkin berbeza dengan ikan patin liar.
#5 Ikan tongkol
![Image from: Bukan Salmon Je, Dietitian Kongsi 5 Jenis Ikan Tempatan Yang Tinggi Omega-3 [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/ikan-tongkol.jpg)
Selain empat ikan yang disenaraikan, ikan kelima yang tinggi omega-3 adalah ikan tongkol.
Mungkin anda sering menjumpai ikan ini dalam makanan seperti nasi dagang!
Bagi ikan tongkol harga di pasaran adalah RM13.80/kg sahaja.
Selain itu, antara ikan yang kaya dengan omega-3 adalah ikan sardin.
Haaa rupanya banyak sahaja ikan tempatan yang tinggi dengan omega-3 dan harganya jauh lebih murah.
Malah ia juga mungkin boleh menjadi stok untuk seminggu jika dibeli sekilo.
Apa khasiat omega-3 kepada badan?
Omega-3 adalah sangat bagus untuk manusia, ini kerana ia boleh membantu dalam mengurangkan inflamasi atau keradangan dalam badan.
Selain itu, ia juga baik untuk melindungi jantung serta otak. Ini kerana ia boleh membantu memori dan fokus.
Justeru itu, anda disarankan untuk mengambil sebanyak dua ekor ikan dalam seminggu.
View this post on Instagram





