
Polis kini buru 2 suspek kejadian
‘Bukan Sebab Berebut Tanah’, Lelaki Ini Tampil Kongsi Kisah Sebenar Rusuhan Di Kanowit. Sejak semalam tular sebuah video mengenai insiden rusuhan di Pejabat Daerah Kanowit. Gara-gara rusuhan itu, dua individu lelaki dilaporkan cedera dan sebuah kenderaan milik mereka dirosakkan.
Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai insiden ini tetapi seorang individu telah berkongsi mengenai apa yang berlaku disebalik rusuhan itu di Facebook.

Menurut perkongsian di Facebook, kisahnya bermula apabila dua orang suspek mengugut peniaga-peniaga kecil di kawasan Machan, Kanowit untuk membayar RM 1000 kepada mereka setiap bulan sebagai wang perlindungan.
Akur dengan tindakan suspek, peniaga premis di sekitar itu ‘terpaksa’ membayar jumlah yang diminta dari bulan Mac 2023 secara cash.
Namun, bermula bulan Julai sejumlah peniaga gagal membayar wang perlindungan kepada suspek kerana perniagaan mereka mula merosot.

Gara-gara itu suspek mula membuat kacau dengan membawa samurai di premis-premis berkenaan pada 7 Julai 2023.
Susulan kejadian itu, salah seorang mangsa membaling suspek dengan sebuah meja bagi mempertahankan diri dari diserang suspek dengan samurai. Tidak cukup dengan itu, salah seorang suspek dikatakan cuba melanggar peniaga menggunakan pacuan empat roda namun gagal.

Kemudian, pada hari yang sama mangsa-mangsa ini terus ke balai polis untuk membuat laporan dan kedua-kedua suspek berjaya diberkas namun tidak direman. Selepas itu, suspek dibawa ke Pejabat Daerah Kanowit untuk tindakan selanjutnya.
Disinilah bermulanya ‘plot twist’
Setelah kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah di hadapan mahkamah, dua kumpulan NGO daerah itu pula bertindak menyerang pengadu dan saksi insiden ini di kawasan parkir Pejabat Daerah Kanowit.
Kumpulan ini juga dikatakan menyerang kenderaan milik hakim mahkamah.

Berang gara-gara diserang padahal tidak bersalah, pengadu dan orang ramai mula bertindak agresif membaling batu kearah dua kumpulan NGO ini.
Tegas lelaki ini dalam perkongsian beliau, rusuhan ini bukan berlaku disebabkan berebut hak milik tanah tetapi gara-gara tindakan kedua-dua suspek meminta wang perlindungan daripada peniaga.
Bahkan, mangsa juga dikatakan dipukul, barang niaga dirosakkan dan menyerang orang kampung.
Baca lagi artikel menarik:

