“Bukan sebab malas tapi sebab cikgu” – Netizen Kecewa Lihat Trend Remaja Sekarang, Salahkan Guru?

Entertainment
31 May 2024 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Data yang memaparkan lebih 10,000 calon SPM tidak menduduki peperiksaan tersebut membuatkan rata-rata netizen tidak senang duduk.

Ada yang mengatakan ia berpunca dari sikap pelajar itu sendiri yang kurang berminat dengan pelajaran dan lebih terikut-ikut dengan gaya hidup influencer di media sosial.

Namun trend remaja memuat naik video di TikTok meluahkan sebab mereka malas ke sekolah telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak.

“Makin hari makin malas nak pergi sekolah bukan sebab malas tetapi…”

Menerusi satu perkongsian di Facebook, individu ini meluahkan kebimbangannya apabila remaja-remaja di TikTok ini mendedahkan punca mereka malas ke sekolah adalah disebabkan guru.

Menurut pelajar-pelajar ini, sikap sesetengah guru ini membuatkan mereka tidak berminat lagi untuk ke sekolah.

image is not available

image is not available

Namun kenyataan ini dibidas oleh individu di Facebook itu yang mengatakan trend menyalahkan guru ini tidak patut dibuat dan ia merupakan sikap orang yang gagal.

image is not available

Mereka akan menyalahkan sekeliling atas kegagalan mereka, bukannya salah sendiri. Inilah generasi yang sedang dibentuk dan bakal menerajui negara,” katanya.

Pandangan individu ini telah mendapat sokongan netizen yang semakin bimbang dengan sikap remaja zaman sekarang.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.