“Mulut Cikgu Asyik Memaki..” – Trend Terbaru Pelajar Salahkan Cikgu Punca Malas Nak Datang Sekolah

31 May 2024 • 12:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di aplikasi TikTok muncul satu trend terbaru di mana para pelajar ada melancarkan kempen ‘mengutuk’ guru sekolah mereka sendiri.

Dalam beberapa hantaran yang di muat naik ke aplikasi itu, para pelajar tersebut mendakwa mereka bukannya malas ke sekolah sebaliknya tidak berpuas hati dengan cikgu.

Meninjau bahagian komen, trend tersebut disokong individu bergelar pelajar yang menyatakan bahawa peraturan sekolah membuatkan mereka menyampah untuk hadir.

Asyik kena maki dengan cikgu, penat ahh.

Mulut cikgu yang buat kita taknak sekolah bukannya kita malas.

Peraturan sekolah yang aku malas nak pergi sekolah.

Gara-gara itu, ramai juga yang menganggap pelajar sekolah pada masa kini ‘lembik’ dan tidak hairanlah jika tahun lalu dilaporkan lebih 10,000 calon SPM 2023 tidak hadir ke dewan peperiksaan.

image is not available

Malah, ada juga yang berbangga menunjukkan slip SPM mereka yang teruk di media sosial!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Ada Orang Kampung Datang Minta Maaf" - Hidayu Syukur Tiada Lagi Tohmahan, Bakal Guna 100K Untuk Kebajikan Aariz