Bukan sekadar chatbot biasa: Muse AI pembantu peribadi urus gaya hidup!

TechnologyDigital
9 Sep 2026 • 4:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Bukan sekadar chatbot biasa: Muse AI pembantu peribadi urus gaya hidup!

Meta tampil perkenalkan pembantu kecerdasan buatan (AI) atau platform pengurusan tugas automatik yang dikenali sebagai Muse. AI ini direka untuk membantu pengguna mengurus pelbagai urusan peribadi lebih lancar dan sistematik.

Keunikan Muse

Menariknya pengguna hanya perlu memberi arahan atau sasaran kepada Muse dan AI ini akan melaksanakan arahan pengguna dengan pantas. Kebolehan Muse menyelesaikan pelbagai tugasan kerana AI ini memiliki sistem komputer Muse Secure VM yang bergerak secara autonomi, terasing dan kekal disamping dilengkapi storan, CPU dan memori yang mencukupi seperti melakukan pelbagai tugasan pada komputer sendiri.

Apa yang menarik tentang AI terbaru daripada Meta ini adalah ia berkebolehan mengurus urusan peribadi pengguna dengan lebih cekap, jom kita lihat keunikan Muse dibawah:

Miliki sistem carian sendiri: Muse boleh melayari internet melalui penyemak imbas penuh dan menjalankan perisian tanpa menjejaskan keselamatan atau peranti peribadi pengguna seperti contoh mengarahkan Muse melawat laman e-dagang atau penerbangan, membandingkan harga, memasukkan kod diskaun dan dan menyelesaikan tempahan secara terus melalui penyemak imbasnya.

Komunikasi sedia ada: Pengguna juga boleh bersembang dengan Muse seperti mana anda menghantar mesej kepada orang lain, sama ada menggunakan aplikasi Muse atau terus melalui WhatsApp.

Kawal kelulusan: Menariknya ada tugasan yang diberikan kepada AI ini tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya seperti isu transaksi kewangan dan penghantaran mesej memerlukan kebenaran pengguna terlebih dahulu. Pengguna mempunyai akses penuh kepada log aktiviti untuk menyemak apa yang telah diselesaikan oleh ejen Muse dan apa yang dijadualkan seterusnya.

Image from: Bukan sekadar chatbot biasa: Muse AI pembantu peribadi urus gaya hidup!

Data selamat dan dilindungi: Maklumat log masuk disimpan dalam storan terpencil yang tidak boleh diakses oleh Muse seperti contoh apabila membeli-belah, nombor kad sekali guna akan dijana semasa pembayaran supaya kad sebenar pengguna kekal tersembunyi daripada peniaga dan ejen Muse sendiri.

Bantu ambil alih tugas dan cadangkan idea: Selain itu, Muse juga bantu mengambil alih tugasan atau projek dan menguruskan kerja pengguna sehingga selesai serta mencapai matlamat. Dimana Muse akan belajar daripada perbualan bersama pengguna dan menilai apa yang penting, kemudian pembantu AI ini akan kembali cadangan idea yang relevan mengikut keperluan dan di bawah arahan pengguna.

Integrasi aplikasi harian: Aplikasi Muse juga boleh disambungkan dengan aplikasi harian yang pengguna gunakan setiap hari seperti e-mel, kalender dan akaun media sosial. Pengguna sendiri yang menentukan apa yang boleh dilihat dan dilakukan oleh ejen Muse ini, dan jika pengguna memerlukan sesuatu yang belum wujud pembantu peribadi ini mempunyai keupayaan canggih untuk membina alatan baru secara mandiri.

Image from: Bukan sekadar chatbot biasa: Muse AI pembantu peribadi urus gaya hidup!

Menyemak aplikasi pembantu peribadi di Apple App Store, Google Play Store dan di laman sesawang Muse, setakat ini aplikasi AI dari Meta ini masih belum tersedia untuk Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Muse anda boleh layari laman sesawang Muse.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved