
Meta hari ini secara rasminya memperkenalkan penawaran AI berejen mereka tersendiri disasarkan kepada pengguna awam, dinamakan sebagai Muse. Muse boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu melalui laman Muse.ai bermula hari ini.
Menggunakan Muse, pengguna boleh mendapatkan jawapan untuk pelbagai pertanyaan seperti menggunakan perkhidmatan AI lain, dan pada masa yang sama turut menetapkan arahan supaya ia melakukan sejumlah tugasan bagi pihak pengguna.
Meta mengatakan Muse dioptimasikan untuk kegunaan orang awam, membolehkan AI berejen ini digunakan tanpa perlu mempunyai pengetahuan teknikal. Ini sekaligus membawa kelebihan kepada Muse, jikalau dibandingkan dengan pelbagai perkhidmatan AI berejen lain yang sukar dilakukan tetapan awalnya.

Melalui contoh yang diberikan, ia boleh melakukan tetapan mesyuarat, membuang perancangan harian, menyusun temujanji, melakukan pembelian, dan sejumlah perkara lain terus melalui arahan yang ditetapkan pengguna. Buat masa ini, Muse menyokong untuk kaedah pembayaran menggunakan Stripe, dan kelak akan turut menyokong 1Password.
Dengan perkembangan ini, Meta turut bersaing secara sihat dalam arena AI berejen. Namun, ia masih tidak dapat diuji lagi, memandangkan penawaran awal ini terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu.




