HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

TechnologyDigital
8 Sep 2026 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

HarmonyOS 7 telah diperkenalkan secara rasmi di China sebagai sistem operasi generasi baharu yang membawa peningkatan ketara dari segi prestasi dan pengalaman pengguna. Ia juga memperkenalkan ekosistem berasaskan AI dengan penekanan pada aspek gaming, keselamatan serta sokongan pelbagai peranti.

Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

Antaramuka HarmonyOS 7 direka lebih segar dengan teknologi Spatial Computing yang menambah kesan cahaya, bayangan dan elemen 3D pada aplikasi seperti kamera, cuaca dan kalendar. Melalui pendekatan ini, paparan akan nampak lebih hidup. Ciri baharu seperti 3D Lock Screen, Spatial Clock dan Spatial Wallpaper pula memberikan pengalaman paparan yang moden serta imersif.

Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

HarmonyOS 7 turut hadir dengan set fungsi 3D yang canggih untuk pengalaman baharu kepada pengguna. Antara yang ditawarkan ialah Remy yang mampu menukar rakaman dron kepada peta 3D serta V2Fun yang membolehkan model 3D dibentuk hanya daripada satu gambar. Selain itu, terdapat Dianping yang menyediakan lawatan maya ke kedai, manakala Huawei 3DGS digunakan untuk menghasilkan model produk 3D bagi platform e‑dagang.

Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

Sistem ini turut membawa integrasi baharu melalui Harmony Intelligence yang digabungkan dengan Celia bagi memudahkan kerjasama antara peranti. Celia hadir dengan reka bentuk lebih ringkas, dilengkapi fungsi terjemahan berterusan serta sokongan tambahan termasuk pengurusan rumah pintar. Pada masa sama, aplikasi utama seperti Petal Maps, Huawei Browser, Music, Video, Reading dan Themes ditingkatkan dengan agen AI untuk memberikan cadangan yang lebih tepat.

Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

Untuk pengalaman gaming, sistem ini menawarkan AI Super Resolution bagi imej lebih jelas dan Intelligent HDR untuk pencahayaan lebih baik. Sokongan Ark Scheduling Engine bantu meningkatkan kestabilan kadar bingkai sehingga 40% manakala Intelligent Frame Stabilization memastikan permainan kekal pada 60fps sehingga 3.5 jam. Hasilnya, pengalaman gaming lebih konsisten.

Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas
Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

Selain itu, sambungan antara peranti kini lebih mudah dengan fungsi seperti Tap to Transfer, perkongsian fail yang disulitkan, Game Sharing dan Remote Direct Transfer. Melalui Harmony Galaxy Interconnection, pengguna boleh memantau status keluarga, kesihatan dan aktiviti harian dalam satu paparan.

Image from: HarmonyOS 7 Dilancarkan – AI Lebih Pintar, Sistem Lebih Pantas

Melengkapinya, ciri bantuan pengguna termasuk Text Call yang boleh menyalin percakapan secara masa nyata untuk membantu mereka yang mengalami masalah pertuturan. Digital Asset Inheritance pula membolehkan data seperti gambar dan nota disimpan serta dikongsi dengan selamat melalui pengesahan berbilang faktor.

Sumber – HarmonyOS 鸿蒙操作系统 7 – 华为官网 (diterjemahkan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved