
KUALA LUMPUR, 16 Jun 2026 — Acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) kini sedang berlangsung meriah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) sehingga 21 Jun ini. Antara pameran yang paling mencuri tumpuan pastinya daripada UMW Toyota Motor (UMWT) yang membawakan satu naratif berbeza mengenai masa depan automotif negara.
Melalui kenyataan akhbar rasmi bertajuk “UMW TOYOTA MOTOR BRINGS FUTURE MOBILITY IDEAS TO KLIMS 2026”, gergasi automotif ini membuktikan bahawa visi mobiliti mereka tidak hanya terhad kepada kenderaan elektrik (EV) semata-mata. Sebaliknya, pavilion Toyota yang membawakan gabungan warisan Jepun dan elemen moden mempamerkan strategi Multi-Pathway. Satu pendekatan praktikal yang menggabungkan Hybrid Electric Vehicles (HEV) dan Battery Electric Vehicles (BEV) mengikut kesediaan pengguna di Malaysia.
Menurut Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, fokus utama Toyota adalah untuk memastikan idea masa depan ini bukan sahaja menarik, malah mempunyai makna dan relevan dengan kehidupan seharian masyarakat, sambil mengekalkan nilai kualiti, ketahanan, dan kebolehpercayaan (QDR) yang sinonim dengan jenama itu.
Tumpuan Utama: 3 Model Konsep Masa Depan
Di tengah-tengah ruang pameran Toyota kali ini, terdapat tiga model konsep yang menterjemahkan visi “Happiness For All” dan “Mobility for All” mereka dari sudut pandang berbeza:







- Corolla Concept: Evolusi nama ikonik yang digemari ramai. Model konsep ini meneroka masa depan reka bentuk, pembungkusan, dan rangkaian kuasa (powertrain) yang mampu memenuhi ekspektasi pemandu yang mahukan kenderaan yang boleh diharap, mudah diakses, dan relevan.
- IMV Origin: Direka khas sebagai medium mobiliti komuniti dan perniagaan tempatan. Sifatnya yang ringkas, mudah disesuaikan, dan senang dibaiki menjadikannya alat yang sangat praktikal untuk menyokong kelangsungan hidup dan ekonomi setempat.
- Toyota Kids mobi: Inovasi paling mencuri tumpuan yang direka khas untuk kanak-kanak. Ia menggunakan teknologi AI personal untuk menawarkan mobiliti yang selamat bagi menyokong sifat berdikari dan keyakinan generasi muda membuktikan mobiliti Toyota adalah inklusif untuk semua lapisan umur.
Elemen Prestasi & Jiwa ‘GAZOO Racing’

Selain daripada model konsep dan pilihan kenderaan berelektrik sedia ada, peminat kelajuan juga tidak dilupakan. UMWT turut membawakan elemen sukan motor melalui Toyota GAZOO Racing. Pengunjung boleh merasai sendiri ‘GR Spirit’ menerusi barisan model prestasi, permainan simulasi GR, serta sudut barangan cenderahati (merchandise wall) eksklusif.
Kehadiran UMW Toyota Motor di KLIMS 2026 menunjukkan landasan yang jelas: masa depan mobiliti haruslah dibina berasaskan keperluan manusia, bukannya teknologi semata-mata. Daripada kereta konsep futuristik sehinggalah ke model hibrid dan elektrik yang anda boleh pandu hari ini, segalanya berpaksikan kepada kepercayaan dan keyakinan jangka panjang.
Bagi korang yang tak nak lepaskan peluang menyaksikan sendiri model Corolla Concept atau mencuba simulator GR, pastikan korang singgah ke booth Toyota di MITEC sebelum 21 Jun ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini terbaharu, korang juga boleh layari laman web rasmi dorang di toyota.com.my.






The post Bukan Sekadar EV: UMW Toyota Motor Bawa Visi ‘Mobility for All’ ke KLIMS 2026 dengan 3 Model Konsep Unik appeared first on TW Media.





