
RUNHACK: Scam Alert, merupakan inisiatif anjuran Synapze yang disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Digital akan menganjurkan karnival yang sarat dengan aktiviti permainan, larian dan pameran hasil kerjasama daripada rakan kongsi dan penaja.
Karnival RUNHACK: Scam Alert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember ini bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang.
Pengarah Synapze, Andrew Tai, berkata karnival ini lebih daripada sekadar larian. Malah, katanya penganjuran karnival larian ini adalah untuk mengkaji penggunaan teknologi dan latihan fizikal sambil mengajar orang ramai tentang pelbagai jenis penipuan yang semakin berleluasa di negara ini.
"RUNHACK: Scam Alert memberi Synapze peluang untuk mengingatkan satu sama lain supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam melihat percubaan penipuan dan ia adalah modus operandi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Penganjuran RUNHACK: Scam Alert, secara amnya bertujuan untuk mendidik pengunjung tentang penipuan melalui aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Fun run, photobooth, lucky draw





