Bukan Sekadar Hiasan, Ini Makna Di Sebalik Cahaya Hijau Di Lobi PPUM Yang Ramai Tak Tahu

LocalHealth & Fitness
29 Apr 2026 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pernah tak korang lalu di depan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada waktu malam, pastu nampak lampu di bahagian lobi utamanya bertukar warna hijau terang? Mungkin ada yang ingat itu sekadar hiasan atau pencahayaan estetik bangunan, tapi sebenarnya ada maksud yang sangat mendalam di sebaliknya.

Baru-baru ini, tular lagi perkongsian di media sosial yang menyentuh hati ramai orang tentang simbolik cahaya tersebut. Dengan kapsyen ringkas “Terima kasih orang baik,” ia sudah cukup membuatkan sesiapa yang faham terasa sayu.

 

View on Threads

 

Rupa-rupanya, cahaya hijau yang menerangi pintu masuk lobi PPUM itu bukanlah dipasang setiap hari tanpa sebab. Ia adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pihak hospital kepada wira-wira yang tidak didendang.

Apabila lampu hijau tersebut dinyalakan, itu menandakan bahawa pada hari berkenaan, terdapat seorang insan mulia yang telah menderma organ mereka kepada pihak hospital.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan ada juga yang baru pertama kali mengetahui tentang kewujudan simbolik ini. Ternyata, ramai yang terkesan dengan perkongsian tersebut hingga ia mendapat ribuan shares.

image is not available

Jom Jadi Penderma Organ!

Kisah simbolik di PPUM ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada kita tentang betapa pentingnya pendermaan organ. Di Malaysia, masih ramai pesakit yang dalam senarai menunggu (waiting list) untuk mendapatkan penderma.

Bagi yang ingin mendaftar sebagai penderma organ sekarang pun dah senang sangat, boleh buat melalui aplikasi MySejahtera sahaja dalam beberapa minit.

image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved