Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Sebenar Bakul Dobi Ada Lubang

Home & Living
19 Aug 2025 • 10:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Sebenar Bakul Dobi Ada Lubang

Bakul dobi merupakan antara barangan asas yang wajib ada di setiap rumah kerana fungsinya sangat praktikal dalam urusan harian.

Hampir setiap hari kita menggunakannya, sama ada untuk mengisi pakaian kotor mahupun membawa pakaian yang sudah bersih.

Namun, pernahkah anda perasan hampir semua bakul dobi mempunyai lubang pada bahagian sisinya?

Ramai mungkin fikir lubang pada bakul dobi hanya untuk hiasan atau bagi membolehkan air keluar. Sebenarnya, lubang itu ada fungsi lain yang lebih penting.

Fungsi utama lubang pada bakul dobi

Menurut portal Green Matters, lubang pada bakul dobi direka dengan beberapa tujuan:

1. Menjadikan bakul lebih ringan

  • Mudah diangkat walaupun penuh dengan pakaian.
  • Reka bentuk ini diinspirasikan daripada bakul anyaman tradisional yang sememangnya mempunyai ruang-ruang di antara anyaman.

2. Memberi pengudaraan yang baik

  • Mengelakkan pakaian bersih daripada berbau hapak.
  • Mengurangkan bau busuk pakaian kotor yang dibiarkan terlalu lama.
  • Membantu pakaian yang masih sedikit lembap kering lebih cepat, sekali gus mengelakkan kulat dan bau yang tidak menyenangkan.

Secara tidak langsung, lubang ini bukan sahaja menjaga pakaian tetapi juga memudahkan pengguna kerana bakul menjadi lebih ringan dan praktikal untuk digunakan.