Tengah Santai Berbual, Pelancong Malaysia Teruja Jumpa Orang Jepun Fasih Berbahasa Melayu [Video]

LocalTravel
18 Aug 2025 • 12:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bahasa merupakan medium utama dalam perhubungan komunikasi sesama manusia.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah setiap negara mempunyai bahasa masing-masing. Lebih menarik, ada bahasa yang turut mempunyai dialek mereka tersendiri.

Kebiasaannya, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama yang sering digunakan oleh individu khususnya pelancong di seluruh dunia.

Namun pada masa kini, ada sesetengah orang yang dilihat mahir menguasai bahasa negara lain malah menggunakan kelebihan yang ada menggunakan bahasa itu ketika berkunjung ke negara terbabit.

Lelaki Terkejut Orang Jepun Faham Bahasa Melayu Ketika Berbual Dengan Isteri

Semalam (17 Ogos), tular di media sosial perkongsian seorang lelaki sewaktu berkunjung ke negara Jepun bersama keluarganya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan di TikTok @harismohdghazali, pengguna itu meluahkan rasa terkejut apabila berjumpa dengan seorang lelaki dari negara matahari terbit itu.

Kongsi pengguna yang dikenali sebagai Haris, dia tidak menyangka perbualannya bersama isteri ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka, Jepun difahami oleh lelaki berkenaan.

“Terkejut aku tiba-tiba dia faham aku dengan isteri tengah berborak,” kongsinya pada video berkenaan.

Dek kerana terkejut dengan situasi itu, Haris terus merakam perbualan dan percakapan lelaki Jepun berkenaan.

Lelaki Jepun Boleh Faham Bahasa Melayu, Rupanya Isteri Dari Ipoh, Perak

Apa yang menjadi perhatian adalah cara lelaki berkenaan bertutur dalam Bahasa Melayu yang dilihat penuh yakin.

Malah, lelaki itu menjelaskan isterinya berasal dari Ipoh, Perak menjadi antara penyebab dia mahir menggunakan bahasa tersebut.

“Yela, takkan tak faham. Isteri aku ni, orang Ipoh,” jawabnya.

Bukan itu sahaja, dia secara bersahaja dilihat meneruskan perbualan menggunakan Bahasa Melayu dengan topik perbincangan mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Malaysia Airlines.

“Jarang-jarang boleh jumpa Japanese power cakap Bahasa Melayu ni. Tapi sebab dia kahwin dengan Malaysian sebab tu fluent (fasih). Jadi, kalau nak fluent Japanese kena kahwin dengan …,” tulis Haris di ruangan kapsyen.

@harismohdghazali

Jarang-jarang boleh jumpa Japanese power cakap melayu ni. Tapi sebab dia kahwin dengan Malaysian. Sebab tu fluent. So nak fluent Japanese kena kahwin dengan….. 😆🏃🏻🏃🏻🏃🏻

♬ original sound – Haris Ghazali

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kagum Lihat Kefasihan Lelaki Jepun Berbahasa Melayu, Langsung Tiada Pelat ‘Jepun’

Perkongsian yang telah mendapat lebih 562,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dan memuji kefasihan lelaki Jepun berkenaan.

Apatah lagi lenggok bahasanya seakan seperti orang Malaysia dan langsung tidak kedengaran ‘pelat’ Jepunnya.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Masalahnya Fasih Bebenor, Kalau Dengar Suara Je, Orang Ingat Orang Melayu”

image is not available

“Mesti Isteri Dia Selalu Membebl Sebab Tu Dia Faham”

image is not available

“Macam Tengok Cerita Ultraman Tapi Subtitle Malaysia”

image is not available

“Orang Jepun Cakap Bahasa Melayu Lembut Je”

image is not available

Source: