Bukan sekadar isu baja lewat, siasatan perlu diperluas – Sanusi

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 6:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukan sekadar isu baja lewat, siasatan perlu diperluas – Sanusi

ALOR SETAR – Skim bantuan penanaman padi yang diwujudkan bagi membantu pesawah didakwa gagal mencapai matlamatnya apabila dikatakan lebih banyak membela kepentingan syarikat pembekal input pertanian.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu juga perlu diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan kelewatan bekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Katanya, isu bekalan baja, benih dan racun yang dihadapi pesawah berulang sejak sekian lama, sedangkan kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar bagi menyokong industri penanaman padi.

“Akhirnya yang terbela dalam skim bantuan penanam padi ini adalah syarikat-syarikat, bukan petani.

“Orang buat bendang tak tengok pun duit (subsidi) itu. Terus pi kepada baja, terus kepada racun, terus kepada traktor. Ia lalu terus saja, tidak lintas dalam poket kita (petani) pun,” katanya selepas melancarkan Program Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah 2026, di sini hari ini.

Menurutnya, situasi itu turut menimbulkan persoalan sama ada sistem bantuan yang dilaksanakan ketika ini benar-benar memberi manfaat seperti yang dihasratkan kepada pesawah.

“Siasat dan tengok betul-betul. Kalau pun tak ada tangkapan, bagilah pedoman, beri penambahbaikan. Apa pandangan SPRM untuk menambah baik sistem ini.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi respon segera. Pastikan manfaat skim subsidi kerajaan ini sampai kepada petani, bukan sampai kepada peniaga, bukan sampai kepada usahawan atau syarikat,” ujarnya.

Jelasnya, isu kelewatan bekalan baja perlu dilihat secara lebih menyeluruh kerana input pertanian seperti baja, benih dan racun secara langsung mempengaruhi hasil tanaman serta pendapatan pesawah.

Beliau turut mencadangkan supaya mekanisme penyaluran bantuan dikaji semula bagi memastikan manfaatnya diterima pesawah mengikut keperluan sebenar di lapangan.

“Kalau duduk dengan orang buat bendang, saya rasa mereka lebih faham daripada orang yang mengawal industri. Baja nak beli di mana, benih nak buat di mana, beli bila, bulan berapa. Mereka lebih faham,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Bukan sekadar isu baja lewat, siasatan perlu diperluas – Sanusi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved