Kerajaan siasat baja subsidi Malaysia dikaitkan dengan bom buatan sendiri

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 6:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan siasat baja subsidi Malaysia dikaitkan dengan bom buatan sendiri

ASIR PUTEH: Kerajaan akan menyiasat dakwaan baja subsidi dari Malaysia digunakan kumpulan pemisah di selatan Thailand bagi menghasilkan bom buatan sendiri (IED).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan berkenaan perlu diteliti kerana melibatkan soal keselamatan serta hubungan dua hala antara negara.

“Kalau ada dakwaan seperti itu, ia perlu disiasat. Kita ada mekanisme untuk membincangkan perkara-perkara seperti ini dengan pihak Thailand.

“Antara saluran yang boleh digunakan bagi menyiasat dakwaan berkenaan ialah hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G) menerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Sempadan Malaysia-Thailand serta kerjasama polis dengan polis (P2P),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Tok Bali, di sini, hari ini.

Saifuddin memberitahu, kedua-dua mekanisme itu membolehkan sebarang perkara yang menimbulkan kebimbangan antara Malaysia dan Thailand dibawa ke meja perbincangan untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak mahu melindungi apa-apa salah laku, tetapi dalam masa sama janganlah kita menambahkan bahang atau syak wasangka antara kedua-dua negara.

“Biarlah pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand menyiasat melalui mekanisme yang telah tersedia,” ujarnya.

Utusan Malaysia melaporkan, ba­­ja subsidi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang dibekalkan oleh anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dikesan dijadikan bahan untuk menghasilkan bom buatan sendiri (IED) oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Ia selepas pihak berkuasa Thailand merampas kira-kira 520 kilogram baja urea tersebut dalam satu operasi di Mukim Koh Sathon, Tak Bai di sini pada Jumaat lalu.

Menerusi gambar yang di­kongsikan, terpapar lambang Persekutuan Malaysia dan tulisan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan selain logo anak syarikat Nafas tersebut di guni baja yang dirampas.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, hasil pe­meriksaan yang dilakukan pi­hak berkuasa menemukan 26 guni baja urea dari Malaysia.

Dalam operasi pukul pukul 10.16 pagi itu, seorang suspek berusia dalam lingkungan 40-an turut ditahan semasa sedang membawa baja tersebut menggunakan motosikal roda tiga. –UTUSAN

The post Kerajaan siasat baja subsidi Malaysia dikaitkan dengan bom buatan sendiri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved