Bukan sekadar latihan! Gardenia x UiTM jalin kerjasama menerusi Apprenticeship 2026

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2026 • 6:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan bakat muda apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor menerusi Program Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026.

Bertujuan lahirkan graduan lebih bersedia hadapi dunia pekerjaan

Difahamkan, kerjasama strategik itu bertujuan melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan, khususnya dalam industri makanan dan bakeri.

Program berkenaan memberi peluang kepada mahasiswa memperoleh pengalaman praktikal dalam pembangunan produk, inovasi makanan, penjenamaan serta strategi pemasaran.

Peserta turut didedahkan kepada keseluruhan proses pembangunan produk bermula daripada penjanaan idea, penyelidikan sehingga pelancaran ke pasaran.

Image from: Bukan sekadar latihan! Gardenia x UiTM jalin kerjasama menerusi Apprenticeship 2026

Buka ruang pelajar kenali industri

Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Ena Suhaila Abas berkata, program itu bukan sekadar membuka ruang kepada pelajar mengenali industri, malah membentuk pemikiran keusahawanan.

“Gardenia sentiasa percaya bahawa generasi muda Malaysia merupakan aset paling bernilai kepada negara. Melalui program Apprenticeship ini, kami bukan sekadar membuka pintu industri kepada para pelajar, malah memberi peluang kepada mereka untuk berfikir seperti seorang usahawan, pakar strategi jenama dan pencipta produk.
“Kami berharap kolaborasi ini akan melahirkan idea-idea segar yang memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada industri,” ujarnya.

Image from: Bukan sekadar latihan! Gardenia x UiTM jalin kerjasama menerusi Apprenticeship 2026

Sementara itu, Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman menyatakan kerjasama berkenaan membantu meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan.

“UiTM sentiasa komited dalam menyediakan platform yang menghubungkan pelajar dengan industri secara langsung.
“Kerjasama bersama Gardenia ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam persekitaran perniagaan sebenar.
“Kami yakin inisiatif ini akan memperkukuh kemahiran, keyakinan dan kebolehpasaran graduan apabila melangkah ke alam kerjaya,” katanya.

Image from: Bukan sekadar latihan! Gardenia x UiTM jalin kerjasama menerusi Apprenticeship 2026

Program itu melibatkan 110 mahasiswa daripada 22 kampus UiTM di Semenanjung Malaysia yang menghasilkan idea produk berasaskan rangkaian Gardenia Ready-to-Eat (RTE).

Pasukan Munchz Grab & Bites Delight dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub muncul juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 serta tawaran latihan industri bersama Gardenia.

Selain pertandingan, UiTM turut menjalankan kajian melibatkan lebih 2,200 mahasiswa mengenai tabiat pemakanan, manakala Gardenia mengagihkan lebih 11,000 pek produk RTE menerusi siri jelajah kampus di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved