Bukan Sekadar Sakit Dada: Apa Yang Perlu Diketahui Rakyat Malaysia Tentang Kesihatan Jantung Sempena Hari Jantung Sedunia

LocalHealth & Fitness
9 Sep 2026 • 11:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bukan Sekadar Sakit Dada: Apa Yang Perlu Diketahui Rakyat Malaysia Tentang Kesihatan Jantung Sempena Hari Jantung Sedunia

Penyakit jantung iskemia merupakan punca utama kematian di Malaysia pada 2024, merangkumi 17,421 kematian atau 13.0 peratus daripada kematian yang disahkan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sekali gus menekankan kepentingan pendidikan mengenai kesihatan jantung 1 .

Menjelang Hari Jantung Sedunia pada 29 September, LAC Malaysia menganjurkan satu sesi menerusi LAC Community di PJ Collective, yang menghimpunkan pakar perubatan dan pakar nutrisi untuk meneroka bagaimana tabiat harian, daripada tidur hingga diet, boleh menyokong kesihatan jantung. Satu perkara yang turut diketengahkan ialah salah faham umum bahawa masalah jantung sentiasa hadir dengan gejala sakit dada.

Menurut Dr Beh Ting Yuen, Pakar Perunding Kardiologi, Prince Court Medical Centre, ramai pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga keadaan menjadi serius. Selain sakit dada, beliau turut menekankan beberapa tanda lain yang tidak wajar diabaikan, termasuk pengsan atau rebah ketika melakukan aktiviti fizikal, yang boleh menunjukkan masalah rentak jantung yang tidak normal, serta sejarah kematian mengejut tanpa sebab yang jelas dalam kalangan ahli keluarga yang lebih muda, yang mungkin menandakan masalah jantung yang tidak didiagnosis dan memerlukan pemeriksaan lanjut.

Sesi tersebut turut menampilkan Dr Beh bersama Cynthia Jetan, Pakar Perunding Nutrisi LAC Malaysia, menerusi sesi perkongsian dan soal jawab yang membincangkan bagaimana faktor gaya hidup seperti kualiti tidur, aktiviti fizikal dan nutrisi dapat menyokong kesihatan jantung, sebelum diteruskan dengan bengkel yoga restoratif.

Dr Beh turut menjelaskan bagaimana tidur yang tidak berkualiti boleh menjejaskan jantung dalam cara yang kurang kita sedari. Sleep apnea, misalnya, sering dikaitkan dengan obesiti dan boleh menyebabkan paras oksigen menurun secara berulang, sekali gus memberikan tekanan tambahan kepada jantung dari semasa ke semasa. Beliau turut menyentuh salah faham yang meluas mengenai “sleep debt” atau hutang tidur.

“Terdapat kepercayaan umum bahawa kita boleh menggantikan tidur yang hilang pada hujung minggu, tetapi tidur bukan seperti pinjaman yang boleh dibayar kemudian. Apa yang lebih penting ialah mendapatkan rehat yang konsisten dan berkualiti. Ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya hubungan antara tidur dengan kesihatan jantung,” kata Dr Beh.

Dari perspektif nutrisi, Cynthia berkongsi bagaimana tidur dan nutrisi saling melengkapi dalam menyokong kesihatan jantung.

“Anggap nutrisi sebagai bahan api dan tidur sebagai masa untuk pemulihan. Kita memerlukan sumber tenaga yang baik untuk menjalani hari, tetapi kita juga perlu memberi tubuh masa untuk berehat dan pulih. Ia seperti sebuah kereta: walaupun menggunakan bahan api yang bagus, enjinnya tetap memerlukan rehat. Bagi kesihatan jantung, apa yang kita ambil dan sejauh mana tubuh kita pulih kedua-duanya penting,” kata Cynthia.

Beliau turut menerangkan peranan khusus minyak ikan, CoQ10 dan antioksidan dalam menyokong kesihatan jantung. Dr Beh turut berkongsi pandangan dari perspektif klinikal, dengan menyatakan bahawa Omega-3 dan CoQ10 merupakan antara nutrien yang sering dibincangkannya bersama pesakit.

“Setiap satunya mempunyai peranan yang berbeza dan menyokong kesihatan jantung dari sudut yang berbeza. Minyak ikan membekalkan Omega-3 yang membantu mengekalkan paras trigliserida yang sihat, CoQ10 menyokong tenaga pada peringkat sel yang sentiasa diperlukan oleh jantung, manakala antioksidan bertindak seperti pasukan pertahanan terhadap kesan kemerosotan yang berlaku setiap hari,” jelas Cynthia.

Nasihat beliau kepada rakyat Malaysia sempena Hari Jantung Sedunia juga cukup mudah: perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten, seperti mengambil lebih banyak sayur- sayuran dan serat, memilih lemak yang lebih berkualiti, mengurangkan pengambilan makanan diproses dan tinggi garam, serta mengawal saiz hidangan, lebih penting daripada mengejar diet yang sempurna.

Sesi tersebut diakhiri dengan bengkel yoga restoratif yang direka untuk membantu peserta memperlahankan rentak, melegakan ketegangan, menenangkan minda dan menyediakan tubuh untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Aliran yoga yang sesuai untuk pemula ini memberikan pengalaman praktikal kepada peserta tentang bagaimana rehat yang mencukupi boleh menyokong kesihatan jantung.

Dr Beh turut menyampaikan pesanan terakhir mengenai kepentingan pencegahan: “Harapan saya sempena Hari Jantung Sedunia ini adalah agar kita bergerak ke arah sifar kes masalah jantung yang boleh dicegah di Malaysia. Selain kesan terhadap kesihatan, keadaan ini turut membawa kos yang besar, bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhan. Pencegahan bermula dengan kesedaran, dan tidak pernah terlalu awal untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Menerusi inisiatif seperti bengkel Hari Jantung Sedunia di bawah LAC Community, LAC Malaysia terus menyediakan pengalaman kesejahteraan yang mudah diakses dengan menggabungkan perkongsian ilmu daripada pakar dan pendekatan gaya hidup yang praktikal, sekali gus membantu rakyat Malaysia memahami dengan lebih baik bagaimana tabiat harian dapat menyokong kesejahteraan secara menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai LAC Community dan aktiviti akan datang, ikuti @lacmalaysia dan @laccommunity.my di Instagram.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved