Xiaomi Smart Band 11 Active kini rasmi di Malaysia sebagai pilihan baharu gelang tangan pintar daripada jenama tersebut. Ia hadir dengan kemasan logam serta paparan berwarna bersaiz 1.47-inci yang menyokong kadar segar semula 60Hz.

Ia dilengkapi dengan fungsi pemantauan kesihatan harian termasuk tekanan sepanjang hari, kadar denyutan jantung, SpO₂ dan tidur. Selain itu, ia menyokong sehingga 50 mod sukan terbina dalam dengan ketahanan air 5ATM sekaligus menjadikannya sesuai untuk berenang serta aktiviti luar.

Pengguna juga boleh menukar lebih 100 muka jam mengikut citarasa, selain menerima notifikasi harian, mengawal muzik, mengurus acara dan menyemak cuaca terus dari pergelangan tangan. Bateri yang disokong mampu bertahan sehingga 21 hari dalam mod penggunaan ringan, atau sehingga 8 hari dalam mod biasa.
Bagi yang berminat, Xiaomi Smart Band 11 Active kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM199 dengan harga promosi RM119 serta ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Pomelo Pink dan Gray.




