Bukan sekadar tukar lampin, bakal ibu bapa perlu kuasai ilmu penjagaan dan kecemasan bayi

Family & ParentingSales & Promo
21 Oct 2026 • 8:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Bukan sekadar tukar lampin, bakal ibu bapa perlu kuasai ilmu penjagaan dan kecemasan bayi

Teruja menanti kelahiran si manja? Selain menyediakan kelengkapan bayi dan keperluan ibu, bakal ibu dan bapa juga perlu menambah ilmu untuk menghadapi fasa selepas bersalin, terutama apabila tiba masanya menguruskan bayi buat kali pertama.

Pelbagai perkara perlu dipelajari, daripada menjaga kesihatan diri selepas melahirkan anak hinggalah memahami keperluan bayi baru lahir dan tindakan yang perlu diambil ketika kecemasan.

Bagi membantu pasangan membuat persediaan, SinarPlus dengan kerjasama Ara Damansara Medical Centre dan Kodomo Lion membawakan Kelas Postnatal Essentials: Recovery Mommy & Baby, khas untuk bakal ibu dan bapa yang mahu melangkah ke alam keibubapaan dengan lebih yakin.

Menurut Editor SinarPlus, Zaiton Abdul Manaf, program interaktif itu diharap dapat memberikan ilmu praktikal serta bimbingan berguna kepada pasangan sebelum menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

"Antara topik menarik yang bakal dikongsikan ialah kebocoran air kencing selepas bersalin: Punca, pencegahan dan rawatan. Isu ini mungkin jarang dibincangkan, tetapi penting untuk diketahui wanita bagi memahami puncanya serta pilihan pencegahan dan rawatan yang bersesuaian.

"Peserta juga berpeluang mendalami penjagaan asas bayi baru lahir dan tindakan kecemasan, selain pelbagai lagi perkongsian menarik berkaitan penjagaan ibu dan si kecil.

"Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu yang boleh dijadikan panduan apabila tiba waktunya nanti!" katanya.

Kelas ini akan berlangsung pada 14 November 2026 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 1 petang di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Yuran penyertaan ialah RM100 bagi setiap pasangan, tidak termasuk SST dan caj transaksi dalam talian. Peserta akan menerima beg cenderahati, sarapan dan makan tengah hari serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Tempat terhad kepada 75 pasangan sahaja. Daftar menerusi website  atau hubungi WhatsApp Hotline SinarPlus di talian 019-612 0523 untuk pertanyaan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved