Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah

LocalFamily & Parenting
15 Oct 2026 • 4:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah

IPOH: Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak-anak susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, mereka perlu memaklumkan ketidakhadiran anak masing-masing kepada pihak sekolah.

“Semua sekolah di Perak akan beroperasi seperti biasa, esok.

“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid dan warga sekolah.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta supaya terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu,” katanya.

Jumaat lalu, semua sekolah di daerah Kinta dan Kuala Kangsar ditutup serta-merta berikutan keadaan jerebu di negeri ini yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat mencecah 180.

Bacaan itu direkodkan di stesen pemantauan CA11A di Tasek, Ipoh pada pukul 11 pagi pada hari sama. – UTUSAN

The post Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved