“Bukan semua orang mampu buat” – Netizen Puji Sikap Pekerja Pemotong Pokok Bersalaman Dengan Pemberi Makanan

Entertainment
29 Nov 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampak macam mudah tapi bukan semua orang mampu untuk melakukannya kerana ada yang anggap ia bukanlah satu kemestian dan memandang remeh dengan perkara ini.

Namun, sebenarnya kelakuan yang nampak ‘biasa’ ini mampu memberikan impak buat seseorang itu. Untuk gambaran lebih jelas, boleh ikuti video di bawah ini.

Seorang TikToker, Saharuddin Amirullah yang banyak memberikan sedekah sangat terharu apabila melihat 2 orang pemotong rumput yang membuka sarung tangan sebelum bersalam dengannya ketika ingin memberikan makanan.

Jelasnya, apa jua jenis pekerjaan seseorang itu akan nampak tinggi darjatnya jika seseorang pekerja itu mempunyai adab yang tinggi.

@saharuddinamirullah

Apapun pekerjaan akan nampak mulia bila kita punya adab yang tinggi

♬ مصطفي الرتيمي لحن حزين – مصطفي الرتيمي

Dalam video yang telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan ini telah membuatkan ramai netizen memuji adab kedua-dua pekerja itu dan juga kemuliaan Saharuddin Amirullah ini dalam bersedekah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

“Mahal manusia pada adab” – Min suka dengan ayat tu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.