Bukan Semua Yang Hijau Itu Pandan

Health & Fitness
18 Jun 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Bukan Semua Yang Hijau Itu Pandan
Public Health Malaysia

Seorang wanita Malaysia baru-baru ini tular selepas tersilap mengambil lalang yang disangka daun pandan untuk membuat kuih seri muka sempena hari lahir ibunya.

Hasilnya?

Seri muka itu bukan beraroma pandan.

Ia lebih kepada pengalaman makan kuih rasa rumput halaman rumah.

Memang kelakar bila dibaca. Tetapi dari sudut keselamatan makanan, ini sebenarnya satu peringatan yang sangat penting.

Jangan gunakan daun, herba atau tumbuhan yang tidak dikenal pasti untuk dimasukkan ke dalam makanan.

Bentuk daun boleh nampak hampir sama. Bau mungkin tidak jelas. Warna pula sama-sama hijau. Tetapi kandungan, getah, bahan cemar, racun perosak, najis haiwan atau bahan kimia dari kawasan tumbuh boleh menjadi risiko.

Terutama kalau diambil dari tepi jalan, kawasan semak, longkang, kebun terbiar atau kawasan yang kita tidak tahu sejarahnya.

Dalam dapur, satu kesilapan kecil boleh jadi lawak.

Tetapi dalam keadaan lain, ia boleh jadi keracunan makanan.

Nasihat mudah PHM:

Kalau tak pasti, jangan petik.

Kalau bau pelik, jangan teruskan.

Kalau rasa pelik, berhenti makan.

Dan kalau mahu buat seri muka pandan, pastikan itu pandan.

Bukan rumput yang sedang melalui fasa self healing.

#PublicHealthMalaysia

#KeselamatanMakanan

#PandanBukanLalang


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.