“Bukan Senang Jadi Anak Seni Yang Bukan Dari Semenanjung…” – Tracie Sinidol Sedih Tidak Dapat Pulang Ketika Nenek Meninggal

EntertainmentLifestyle
22 Jan 2025 • 12:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Tracie Sinidol akui cabaran hidupnya sebagai anak perantau bukanlah sesuatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan keluarga tersayang.

Menurut Kosmo, Tracie berkata, pengalaman yang paling menyedihkan adalah apabila dia menerima berita neneknya meninggal dunia sewaktu dia menjalani penggambaran sebuah drama.

Menjadi anak seni yang bukan dari Semenanjung, susah apabila berjauhan dengan keluarga. Terlalu banyak dugaan tidak dijangka selain terlepas banyak momen berharga, perit tak dapat tengok adik-beradik membesar depan mata.

image is not available

 

Momen paling sedih adalah waktu dapat berita nenek saya meninggal dunia. Ketika itu, saya berada dalam hutan menjalani penggambaran.

 

Perasaan saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hati membuak-buak nak balik, tetapi tiket penerbangan ke Sabah tiada. Situasi itu amat menyakitkan.

Walau bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk kekal kuat demi mencari rezeki di Semenanjung Malaysia.

Saya hanya mahu buat yang terbaik. Saya cuba untuk nampak kuat walaupun dalam hati menanggung gelojak perasaan.

image is not available

Keputusan saya untuk pendam segalanya adalah untuk memastikan keluarga di Sabah tidak bimbang dengan keadaan saya.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 hours ago

Dalam Fasa 'Healing', Naim Daniel Buat Lagu Baharu Hasil Sakit Putus Cinta