Bukan sengaja rahsiakan! Neelofa waspada umum hamil, demi keselamatan kandungan

19 Aug 2026 • 3:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan Neelofa merahsiakan berita baik mengenai kehamilan bukan tanpa sebab, sebaliknya dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan kandungan.

Selebriti versatil itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melihat sendiri pelbagai risiko yang boleh berlaku kepada bakal ibu, termasuk keguguran sebelum tiba hari kelahiran.

“Saya pernah tengok banyak sangat mereka yang tak sampai hari melahirkan. Jadi, kita nak beria-ia pun tidak berani.
“Ada orang yang mudah, tak fikir apa semua. Tapi kita macam ambil langkah berjaga-jaga supaya dalam masa kita sedang menjaga benda yang ghaib ini — Allah bagi keselamatan, kesihatan dan kemudahan semua sekali.
“Jadi, nanti dah selamat semua kita pun sama-sama raikan dengan berita baik,” katanya.

Image from: Bukan sengaja rahsiakan! Neelofa waspada umum hamil, demi keselamatan kandungan

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP itu turut menyambut baik perubahan sikap masyarakat yang kini semakin peka terhadap kepentingan menjaga privasi anak-anak di media sosial.

Menurutnya, tindakan ibu bapa mengehadkan perkongsian wajah anak-anak adalah langkah positif bagi mengelakkan penyakit ain.

“Kalau yang baik (orang tiru), alhamdulilah dan saya pun tengok ramai orang sekarang dah banyak tutup muka anak.
“Sebab saya rasa mereka makin faham tentang penyakit ain di mana benda ini positif bagi saya,” jelasnya.

Image from: Bukan sengaja rahsiakan! Neelofa waspada umum hamil, demi keselamatan kandungan

Sebelum ini, Neelofa bertekad untuk tidak mengumumkan kehamilannya meskipun menyedari perubahan fizikalnya mula mendapat perhatian ramai.

Artikel lain: Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga?

Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Image from: Bukan sengaja rahsiakan! Neelofa waspada umum hamil, demi keselamatan kandungan

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Bilal, 4, dan Abbas, 3.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved