‘Bila lahir kita umum’ – Neelofa enggan ulas hamil anak ketiga

Family & ParentingLifestyle
16 Aug 2026 • 3:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bila lahir kita umum’ – Neelofa enggan ulas hamil anak ketiga

PETALING JAYA – Berpendirian teguh, selebriti versatil Neelofa menolak mengumumkan kehamilan ketiganya.

Meskipun menyedari ramai memberi perhatian terhadap perubahan fizikalnya, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 37, memohon orang ramai mendoakan segala proses dipermudahkan.

“Saya tak pernah buat pengumuman pun mana-mana anak. Nanti bila melahirkan baru kita umumkan, itu yang terbaik.

“Doa sahajalah supaya sepanjang perjalanan ini dan fasa seterusnya dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online semasa pelancaran susu pisang Nilofa, hari ini.

Ditanya mengenai jantina bayi, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memilih untuk mengunci mulut dan hanya membiarkan perkara tersebut diketahui keluarga.

“Itu lagilah saya tak nak kongsi. Peribadi, masa buat (majlis pengumuman jantina bayi) pun buat dengan keluarga saya dan Haris,” ujarnya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua  cahaya mata itu bersyukur ramai mendoakan proses kehamilannya.

“Alhamdulillah bila orang doakan yang baik, itu satu rezeki sebab dulu kita tak pandai nak menghargai sangat bahagian itu.

“Tapi bila dah semakin berusia, makin kita melihat ramai orang ada cabaran atau komplikasi.

“Jadi, doa itu saya sangat syukuri. Saya memang perlukan doa kalian,” jelasnya.

Sebelum ini, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Bila lahir kita umum’ – Neelofa enggan ulas hamil anak ketiga appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved