
Bukan Setakat Barangan Harian, 99 Speedmart Kini Jual Perkakas Elektrik Midea
Orang ramai kini boleh mendapatkan barangan perkakas elektrik Midea di 99 Speedmart susulan pemeteraian kerjasama antara kedua-dua syarikat itu.
Menurut Midea, Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 99 Speedmart telah dimeterai pada Rabu.

Tawaran Saham 99 Speed Mart Khas Bumiputera Dibuka, Ini Cara Mohon
Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun-tahun di Malaysia Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik
“Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah menjayakan kerjasama ini.
“Kami komited membawa rangkaian perkakas elektrik rumah kecil Midea lebih dekat kepada rakyat Malaysia, sekali gus menjadikan kehidupan harian lebih mudah, praktikal dan selesa,” katanya.

Midea turut berharap kerjasama tersebut akan terus berkembang, memberi manfaat kepada lebih banyak komuniti serta mencipta nilai yang lebih besar dalam kehidupan seharian.
Antara barangan elektrik yang tersedia ialah pengisar, periuk nasi, dapur gas dan pemanas air.



