
Midea Bekerjasama Dengan 99 Speed Mart, Perluas Akses Peralatan Rumah Berkualiti Di Seluruh Malaysia
Midea, peneraju peralatan rumah pintar global, hari ini telah memperkukuhkan kehadiran runcitnya menerusi kerjasama strategik bersama 99 Speed Mart Sdn Bhd (“99 Speed Mart”). Kerjasama ini meluaskan akses pengguna kepada rangkaian peralatan rumah terkini Midea dengan lebih mudah di seluruh negara.
Kerjasama tersebut dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Midea dan 99 Speed Mart, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang Midea di Malaysia.

Mewakili Midea di majlis pemeteraian tersebut ialah Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, dengan Presiden Rantau Asia Pasifik (APAC) Midea Group, Zeal Jiang sebagai saksi. Bagi pihak 99 Speed Mart Holdings Berhad pula, syarikat diwakili Ketua Pegawai Operasi, Yong Eng Kwang, dengan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Thiam Wah sebagai saksi.

Kerjasama ini menyusuli usaha Midea memperluas rangkaian runcitnya menerusi pembukaan 18 kedai jenama Midea di seluruh negara tahun lalu. Melalui gabungan rangkaian Midea dan 99 Speed Mart, syarikat bersedia melakar satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuhkan kedudukan di pasaran, sambil memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati akses yang lebih mudah kepada pelbagai peralatan rumah berkualiti daripada Midea.

Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam berkata peluasan rangkaian jualan itu memudahkan akses pengguna kepada teknologi terkini Midea seperti mesin pengisar, cerek elektrik, periuk nasi, kipas elektrik, pembakar roti, ketuhar mini, penyedut hampagas serta dapur memasak.
"Kerjasama ini bertujuan mendekati kedua-dua pihak Midea dan 99 Speed Mart kepada lebih banyak komuniti setempat dengan menawarkan produk Midea di lokasi yang lebih mudah diakses pengguna, selaras dengan slogan 99 Speed Mart, 'Near & Save',” beliau berkata. Langkah ini mengukuhkan lagi kehadian rangkaian kedai jenama Midea dan pengedar sah yang sedia ada, sekali gus mewujudkan lebih banyak saluran bagi pengguna untuk mengenali, mencuba dan mendapatkan produk Midea."

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah, berkata kerjasama dengan Midea merupakan satu langkah penting buat syarikat dalam mempelbagaikan penawaran produk sediada dengan tambahan peralatan rumah berkualiti kepada pengguna di seluruh negara."Sebagai rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, kami sentiasa berusaha memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia dengan lebih baik. Kerjasama ini membolehkan kami menawar peralatan rumah berkualiti kepada pelanggan kami di seluruh negara,” katanya.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada Midea kerana memilih 99 Speed Mart sebagai rakan runcitnya. Kepercayaan ini membolehkan kami terus mempelbagaikan pilihan pelanggan kami di samping membawa teknologi dan inovasi peralatan rumah yang terkini."

Kerjasama ini juga selaras dengan visi Power of One, suatu strategi pertumbuhan Midea di rantau Asia Pasifik diperkenalkan semasa Persidangan Pengedar Asia Pasifik Midea yang berlangsung di Bali pada penghujung tahun lalu, Strategi tersebut menggabungkan perkembangan inovasi produk, peluasan rangkaian runcit dan pengalaman pelanggan di bawah satu hala tuju pertumbuhan yang bersepadu.
Peluasan rangkaian runcit di Malaysia merupakan antara langkah strategik Midea untuk merealisasikan sasaran jualan yang digariskan menerusi visi tersebut, di samping mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran tempatan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Midea untuk memperkukuh pelaburannya di Malaysia, di samping memastikan lebih ramai pengguna dapat menikmati peralatan rumah yang inovatif dan cekap tenaga.

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap peralatan rumah yang lebih pintar, menjimatkan tenaga dan memenuhi keperluan gaya hidup moden, Midea terus memperluas rangkaian pengedarannya secara langsung meningkatkan akses pengguna kepada produk Midea di samping mengukuhkan lagi keupayaan syarikat untuk memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang.
Bermula Ogos 2026, pelanggan di semua cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara boleh mendapatkan pilihan peralatan elektrik Midea.
Butiran produk dijual di cawangan
Produk | Model |
Balang kaca pengisar | MBL602B0BGG |
Pengisar | MBL-6012K |
Cerek air berdinding | MK-17BK |
Cerek air | MKE172M2BDG |
Periuk nasi | MG-GP06B |
MG-GP18B | |
Kipas meja | MF-16FT15NB |
Kipas berdiri | MF-16FS23C-BK |
Kipas Sirkulasi Meja | MFT700M0BPB |
Pembakar roti | MTO9522SBPG |
Ketuhar pembakar roti | MEO-10BDW-BK |
Penyedut hampagas | MCV-SV66 |
Dapur keluli tahan karat | MGS-T2133S |
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.midea.com/my




