Bukan sikit bezanya! Ab Rauf cipta 16,500 peluang pekerjaan, Adly hanya 1,900 – Akmal

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 10:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan pencapaian pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam merancakkan ekonomi negeri sebagai bukti keberkesanan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau berkata, prestasi itu dapat dilihat menerusi jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan serta nilai pelaburan yang berjaya diraih kerajaan negeri sepanjang tempoh pentadbiran berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 16,500 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan pada 2024 di bawah kepimpinan Ab Rauf, jauh lebih tinggi berbanding 1,900 peluang pekerjaan yang didakwanya dicatatkan ketika Datuk Seri Adly Zahari menerajui kerajaan negeri pada 2019.

“Zaman kamu (Adly) jadi Ketua Menteri 2019, kamu wujudkan peluang pekerjaan 1,900.
“Ini zaman Ab Rauf, pada tahun 2024, kamu wujudkan 16,500 peluang pekerjaan,” katanya.

Image from: Bukan sikit bezanya! Ab Rauf cipta 16,500 peluang pekerjaan, Adly hanya 1,900 – Akmal

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sembang Santai Aman Muda yang berlangsung di Cafe@Simpang, Masjid Tanah, Melaka malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Akmal turut mengetengahkan pencapaian pelaburan negeri sebagai satu lagi ukuran prestasi pentadbiran kerajaan Melaka.

Dakwanya, nilai pelaburan yang direkodkan ketika pentadbiran terdahulu hanya sekitar RM2 bilion, berbanding lebih RM14 bilion di bawah kepimpinan Ab Rauf.

Image from: Bukan sikit bezanya! Ab Rauf cipta 16,500 peluang pekerjaan, Adly hanya 1,900 – Akmal

Malah, beliau menyifatkan jumlah pelaburan tersebut sebagai pencapaian tertinggi Melaka dalam tempoh 22 tahun, sekali gus memperlihatkan perkembangan positif ekonomi negeri.

Sehubungan itu, Dr Akmal berpandangan bahawa keberkesanan sesebuah pentadbiran wajar diukur melalui pencapaian yang dapat dibuktikan, khususnya dalam aspek pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Fakta kita jawab dengan fakta,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved